Kedah Bakal Dapatkan Kembali Khidmat Mahmoud Al-Mardi?

Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan bakal mendapatkan kembali bekas pemain import mereka pada tahun 2022 lalu iaitu Mahmoud Al-Mardi untuk saingan hadapan.

Laporan tersebut dikeluarkan sendiri oleh wartawan sukan, T. Avineshwaran di media sosial X beliau selepas beliau menyatakan Al-Mardi kini diintai semula bekas pasukannya, Kedah.

“Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan Mahmoud Al-Mardi. Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut.

“Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan dua gol menentang Malaysia hari ini. Dia kini bermain untuk Al-Hussein,” jelas beliau.

Al-Mardi bukan lagi satu nama asing dalam arena bola sepak tempatan, selepas beliau menjadi antara bintang kebangsaan Jordan paling menyerlah dalam saingan Liga Malaysia.

Menyertai Kedah pada pertengahan 2022, pemain sayap lincah ini tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol ketika Sang Kenari bersaing dalam kejohanan AFC.

Sepanjang bersama Kedah, Al-Mardi telah pun merekodkan sembilan gol bersama tujuh bantuan jaringan daripada 19 penampilan secara keseluruhan.

Malah, pemain tersebut turut menjadi watak penting buat Jordan semalam yang telah pun menjaringkan dua gol peribadi untuk membantu pasukan itu mengatasi Malaysia dalam aksi Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E.

Tampil dalam kesebelasan utama Jordan, Al-Mardi dilihat langsung tidak menghadapi masalah untuk mengatasi pertahanan Malaysia terutama sekali Matthew Davies di separuh masa pertama.

Teknik rembatan serta gelecekan dimiliki beliau jelas menjadi suatu aset cukup besar buat Jordan pada aksi tersebut, khususnya pada aksi separuh masa pertama.

Dua gol tersebut kini menjadikan Al-Mardi sudah pun meledak lapan jaringan bersama Jordan daripada 35 penampilan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.

Jika diimbas pada kualiti dimiliki Al-Mardi, pastinya ia menjadi keutamaan buat Kedah kini selepas laporan lalu menyatakan Manuel Hidalgo tidak lagi bersama Sang Kenari untuk kembali memperkukuhkan aspek serangan serta kreativiti dalam membuat hantaran dari bahagian sayap.

Pada pandangan anda, adakah Al-Mardi akan kembali mewarnai saingan Liga M dengan menyertai Kedah atau bakal disambar pasukan lain untuk saingan hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN