Piala Asia 2023: Malaysia Jadi Negara Asean Paling Banyak Gunakan Pemain Warisan & Naturalisasi

Malaysia tampaknya menjadi negara dari Asia Tenggara yang paling ramai menggunakan khidmat pemain warisan serta naturalisasi untuk saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi.

Sebelum itu, empat negara dari Asia Tenggara sah melayakkan diri mereka secara merit untuk saingan Piala Asia 2023 dengan salah satu tumpuan diberikan kepada Harimau Malaya.

Selain Malaysia, tiga lagi negara yang turut melayakkan diri ke saingan tersebut ialah Indonesia, Thailand, serta Vietnam ke saingan tersebut di Qatar.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang ingin mencipta kejutan di saingan tersebut tampil dengan senarai pemain yang kebanyakannya didominasi oleh tonggak warisan serta naturalisasi.

Malah, Malaysia juga menjadi negara di Asia Tenggara yang paling banyak menggunakan khidmat pemain warisan dan naturalisasi jika dibandingkan Indonesia, Vietnam, serta Thailand.

Untuk saingan Piala Asia ini, Kim telah mempertaruhkan 13 pemain warisan dan naturalisasi di pelbagai posisi kecuali hanya penjaga gol sahaja.

Empat daripadanya merupakan pemain naturalisasi iaitu Endrick dos Santos, Paulo Josue, Mohamadou Sumareh, serta terbaharu, Romel Morales.

Sembilan pemain lagi merupakan pemain warisan negara iaitu Matthew Davies, Corbin Ong, Dion Cools, Daniel Ting, Junior Eldstal, Brendan Gan, Stuart Wilkin, Natxo Insa, serta Darren Lok.

Nama Dominic Tan tidak boleh dikira selaku pemain warisan kerana kedua ibu bapanya merupakan warganegara Malaysia biarpun pemain tersebut lahir di Singapura.

Untuk Indonesia pula, Shin Tae-yong telah mempertaruhkan tujuh pemain warisan serta seorang sahaja pemain naturalisasi iaitu Marc Klok dan beraksi di posisi tengah.

Tujuh pemain warisan tersebut ialah Justin Hubner, Jordi Amat, Shayne Pattynama, Rafael Struick, Ivar Jenner, Elkan Baggott, serta Sandy Walsh.

Thailand juga tidak terlepas untuk menggunakan dua pemain warisan mereka bagi saingan Piala Asia ini iaitu Elias Dolah serta Nicholas Mickelson menjadi pertaruhan pasukan tersebut.

Akhir sekali ialah Vietnam, dengan pasukan itu hanya menggunakan seorang sahaja pemain warisan yang beraksi di posisi penjaga gol iaitu Filip Nguyen dan selebihnya mereka bergantung harap kepada pemain kelahiran tanah air sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN