2 Bintang Kebangsaan Indonesia Diintai Negeri Sembilan?

Negeri Sembilan ketika ini dilaporkan sedang mengintai dua bintang bersaudara Indonesia selaku import baharu kelab tersebut untuk saingan pada musim hadapan.

Tampil dengan serba tidak menjadi pada tahun lalu, jelas Negeri Sembilan perlu membuat beberapa perubahan lebih baik khususnya di jentera serangan mereka yang sangat tumpul.

Disebabkan itu, berkemungkinan besar ada rombakan bakal dibuat mereka khususnya untuk memperbaiki aspek tersebut dengan mendapatkan beberapa pemain lebih berkeyakinan di posisi utama serangan.

Terkini, wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran melaporkan Negeri Sembilan kini sedang mengintai peluang untuk mendapatkan dua pemain kebangsaan Indonesia iaitu Bagus Kahfi serta Bagas Kaffa secara pinjaman.

“Negeri Sembilan nampaknya sedang cuba untuk mendapatkan khidmat pemain pasangan kembar.

“Difahamkan mereka melihat peluang untuk cuba menandatangani pemain muda Indonesia secara pinjaman iaitu Bagus Kahfi Alfikri dan Bagas Kaffa Arrizqi daripada Barito Putera.

“Bagus merupakan seorang penyerang, sementara Bagas pula beroperasi selaku pemain ‘wingback’. Kedua pemain tersebut merupakan sebahagian daripada skuad bawah 23 (B-23) Indonesia,” jelas beliau menerusi media sosial X.

Sesuatu yang menarik mengenai salah seorang pasangan kembar ini pastinya terarah kepada Bagus Kahfi yang sebelum ini mendapat pendedahan cukup besar di Eropah bersama beberapa kelab.

Pemain ini sempat menghabiskan beberapa musim beliau bersama FC Utrecht di Belanda sebelum beraksi bersama Asteras Tripoli dalam saingan di Greece.

Musim ini menyaksikan Bagas kembali dalam saingan Liga 1 Indonesia bersama Barito Putera dan sudah pun satu gol serta tiga bantuan jaringan daripada 22 penampilan.

Mengenai Bagas pula, pemain yang beraksi sebelah kanan ini mampu beroperasi dengan bagus selaku di pertahanan serta serangan menerusi kualiti dimilikinya.

Daripada 15 penampilan musim ini bersama PS Barito, Bagas telah pun menjaringkan satu gol bersama dua bantuan jaringan selain tampil dengan kualiti permainan cukup menyakinkan.

Persoalannya kini, adakah Negeri Sembilan serius mahu mendapatkan dua pemain tersebut secara pinjaman pasukan tersebut perlu mendapatkan import lebih baik di posisi serangan?

Ayuh, berikan pandangan anda di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN