Wan Jamak Wan Hassan: “Setiap Pemain Perlu Bersatu Hati Bawa Nama Malaysia”

Bekas pengendali bola sepak berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan tampil memberi pandangan beliau mengenai persiapan dilakukan pasukan kebangsaan untuk aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Kem Malaysia kini sedang sedang sibuk di Qatar selepas mereka menjadi antara pasukan terawal tiba di sana untuk membuat persiapan rapi sebelum menghadapi kejohanan tersebut.

Malaysia telah pun diletakkan dalam Kumpulan E yang dianggap sebagai cabaran getir buat mereka untuk menentang Jordan, Bahrain serta Korea Selatan.

Seramai 26 pemain telah pun disenaraikan para kejurulatihan skuad kebangsaan untuk membawa cabaran tersebut serta misi mengharumkan nama Malaysia.

Kemuncak pada persiapan tersebut, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi aksi persahabatan terakhir mereka pada hari ini untuk menentang Syria bagi Kim Pan-gon menilai secara keseluruhan pasukan itu.

Menurut Wan Jamak, aksi berdepan Syria hari ini dianggap sebagai peluang terakhir buat Kim untuk melihat senarai kesebelasan utama terbaik sebelum berdepan aksi sulung Piala Asia menentang Jordan.

Kata beliau lagi, aksi hari ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh skuad kebangsaan demi menguji tahap kemampuan masing-masing serta menguji pendekatan taktikal bakal diterapkan oleh Kim.

Malah, aksi ini juga menjadi peluang buat para pemain untuk menambat hati kejurulatihan untuk peluang mendapat ruang beraksi pada saingan tersebut tidak lama lagi.

“Sudah pastinya jurulatih akan melihat adakah pemain-pemain boleh mengimbangi setiap posisi dalam perlawanan pertama nanti. Pemain yang di bawa ke sana itu boleh dikatakan yang terbaik di Malaysia ketika ini.

“Mungkin pandangan sesetengah pihak perlawanan persahabatan itu apalah sangat, tapi pada saya perlawanan persahabatan ini mereka akan bermain seperti perlawanan sebenarnya.

“Kalau masa saya jurulatih dulu, kita mahu melihat kesungguhan pemain yang sebenarnya…kita nilaikan pemain itu adakah boleh dan layak apabila beraksi dalam perlawanan di kejohanan sebenar nanti.

“Jadi dalam hal ini, saya melihat dua perkara berbeza. Pemain itu sendiri mahu tunjukkan kepada jurulatih yang mereka layak berada dalam kesebelasan utama pada aksi pertama nanti.

“Kedua, di pihak barisan kejurulatihan mahu melihat corak taktikal ini adakah sesuai untuk lakukan pada perlawanan pertama nanti,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Wan Jamak juga turut mengingatkan kepada kem kebangsaan untuk meletakkan kepentingan negara pada tahap tertinggi pada saingan itu.

“Saya rasa setiap pemain mesti tunjukkan sikap dan jiwa mereka bahawa mereka rakyat Malaysia dan bermain untuk Malaysia. Tak kira lah sama ada dia pemain yang di Malaysiakan ke (naturalisasi), atau bukan lahir di Malaysia ke, semua itu saya tak kira.

“Masuk dalam padang semua pemain kena bersatu hati bawa negara Malaysia dan bangga Malaysia, di mana kita sudah berada di situ (layak ke Piala Asia),” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN