Piala Asia 2019: Azkals Bakal Hadapi Cabaran Korea Selatan, Palestin Sedia Tempur Australia

Di dalam satu majlis penuh gemilang dan berprestij yang diadakan di Burj Khalifa, UAE, pasukan tuan rumah disahkan akan bertemu dengan Bahrain di Stadium Zayed Sports City di Abu Dhabi pada 9 Januari hadapan.

Itulah rumusan perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia setelah proses undian selesai diadakan membabitkan semua 24 pasukan yang bertanding di pusingan akhir tersebut.

Sumber: AFC

Pasukan tuan rumah UAE, pasti mahu mencipta sejarah dengan melakukan pencapaian lebih baik sejak kali terakhir menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini.

Kali terakhir negara berkenaan bertanding sebagai tuan rumah ialah pada 1996, dan mereka muncul sebagai naib johan pertandingan setelah tewas melalui penentuan sepakan penalti kepada Arab Saudi.

Dua lagi pasukan di dalam kumpulan A ialah Thailand dan India yang turut mengimpikan kemaraan ke pusingan seterusnya setelah pencapaian yang memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: AFC

Selain daripada UAE, juara bertahan Australia mengetuai Kumpulan B bersama-sama Jordan dan Palestin. Syria yang tidak menyertai kejohanan ini pada 2015 kerana masalah dalaman negara kembali menyertai edisi kali ini untuk melengkapkan jumlah pasukan di dalam Kumpulan B.

Gergasi Asia dan finalis 2015, Korea Selatan turut menjadi pasukan tumpuan untuk memburu trofi yang kali terakhir dimenangi oleh mereka pada 1960 ini. Bersama-sama dengan China, dua lagi negara yang melakukan penampilan pertama di kejohanan ini ialah Republik Kyrgyz dan juga Filipina untuk melengkapkan Kumpulan C.

Pasukan terbaik Asia di dalam ranking FIFA, Iran berada di dalam Kumpulan D bersama-sama juara 2007 di Kuala Lumpur, Iraq, Vietnam dan Yemen.

Manakala juara dua kali Piala Asia, Arab Saudi berada di dalam Kumpulan E bersama-sama Qatar, Lebanon dan Korea Utara.

Sumber: AFC

Negara yang memiliki rekod paling cemerlang di Piala Asia dengan empat kejuaraan keseluruhan, Jepun pula berada di dalam Kumpulan F bersama-sama Uzbekistan. Uzbekistan tidak pernah gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia sejak empat edisi yang lalu.

Bersama-sama Jepun dan Uzbekistan, Oman dan Turkmenistan turut diundi berada di dalam kumpulan yang sama untuk melengkapkan Kumpulan F.

Sumber: AFC

Kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah keseleruhan bernilai USD$14.8 juta turut memperkenalkan trofi kejohanan yang baru, bola rasmi kejohanan jenama Molten dan juga maskot yang diberikan nama Mansour dan Jarrah.

kejohanan ini akan berlangsung selama 28 hari dan perlawanan akhir turut akan diadakan di Stadium Zayed Sports City

Stadium lain yang turut akan digunakan sebagai venue kejohanan ialah Stadium Hazza bin Zayed, Stadium Khalifa bin Zayed, Stadium Sharja, Stadium Al Maktoum, dan juga Stadium Al Rashid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN