Quantcast

BERITA

Video: Arda Turan Dilayangkan Kad Merah Kerana Tolak Pengadil

Arda Turan gagal mengawal api kemarahan beliau dalam perlawanan di antara Basaksehir dan Sivasspor. Beliau bertindak ganas dengan menolak penjaga garisan.

Perbuatan itu membuatkan Arda Turan dilayangkan kad merah. Perlawanan berakhir 1-1 dalam usaha Basaksehir mahu menjuarai Liga Super Turki buat pertama kali.

Liga Super Turki paling sengit musim ini dengan kesemua 4 pasujan teratas berpeluang untuk menjuarai liga.Keputusan seri semalam membuatkan Basaksehir kekal di tangga ke-2, sama mata dengan Galatasaray yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Arda Turan musim ini dipinjamkan ke Basaksehir. Kelab yang paling dibenci di Turki kerana menggunakan dana kerajaan. Mereka digelar pasukan pencabar liga ditaja (sponsored title contender) di Turki.

Basaksehir mendahului 1-0. Sebelum rehat seorang pemain Basaksehir dilayangkan kad merah iaitu Mossoro.

Arda Turan dimasukkan pada separuh masa kedua. Beliau kemudian pula dilayangkan kad merah kerana insiden menolak penjaga garisan kerana tak berpuas hati tidak diberikan faul.

Daripada ulang tayang jelas penjaga garisan membuat pengadilan yang tepat.

Pada masa kecederaan, Sivasspor menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Robinho.

Ramai juga menyatakan, ini adalah Arda Turan yang sebenar setelah lama tidak ‘keluar’ sejak bermain untuk Barcelona.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!