Insiden Cekik, Tumbuk Dan Tunggakan Bayaran Antara Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM

Semalam Jawatankuasa Tatatertib FAM telah mengumumkan hasil mesyuarat jawatankuasa tersebut melibatkan pasukan-pasukan yang berada di bawah naungan badan induk bola sepak negara tersebut.

Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat kali keenam bagi penggal 2017-2021 pada 3 Mei 2018 yang lalu.

Sumber: FAM, Facebook

Untuk mesyuarat kali ini 14 sebutan kes telah diperbincangkan, dan telah dijatuhkan hukuman. Sepuluh daripada kes tersebut melibatkan pasukan daripada pertandingan Piala FAM, Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL).

Untuk sepuluh kes tersebut, KSDBKL didakwa kerana gagal menjelaskan bayaran tertunggak kepada sepuluh pemain membabitkan bayaran bernilai RM90,000.

Kegagalan tersebut turut mengundang padah buat KSDBKL yang didenda RM1,500 untuk setiap kes.

Sumber: KLFS, Facebook

Antara yang turut menarik perhatian di dalam keputusan mesyuarat kali ini ialah insiden melibatkan perlawanan Shopee Piala FA di antara Kuala Lumpur dan Selangor pada 7 April 2018 di Stadium KLFA, Cheras yang lalu.

Dua kes disebut melibatkan perlawanan tersebut. Pertama ketua jurulatih Kuala Lumpur FA, Fabio Joaquim Maciel Da Silva menerima pergantungan sebanyak dua perlawanan dan denda bernilai RM2,000.

Ketua jurulatih dari Brazil itu dijatuhkan hukuman sedemikian setelah didapati bersalah kerana tindakannya mencekik leher serta menolak pemain tengah Selangor, Mohd Amri Yahyah.

Sumber: KLFA, Facebook.

Selain daripada Fabio, kem Kuala Lumpur turut menyaksikan pemain import mereka, Guilherme De Paula Lucrecio digantung dua perlawanan akibat daripada tindakan menumbuk pemain Selangor, Abdul Halim Zainal.

Fabio dan De Paula turut diberi amaran keras oleh Jawatankuasa Tataterib tersebut dengan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Kedu-dua keputusan ini tidak boleh dirayu.

Selain daripada Kuala Lumpur, dua lagi kes melibatkan pasukan dari Liga Premier, Felcra FC.

Kredit: KAFA, Facebook

Felcra FC didakwa gagal menjelaskan tunggakan bayaran kepada bekas pemain, Azi Shahril Azmi mencecah nilai RM65,000 dan juga kepada bekas jurulatih Yusri Che Lah sebanyak RM120,000.

Kegagalan Felcra FC menjelaskan tunggakan tersebut sebelum tarikh yang diarahkan sebelum ini untuk berbuat demikian menyaksikan kelab tersebut didenda sebanyak RM1,500 untuk setiap kes.

Azi Shahril kini beraksi bersama Terengganu FC, manakala Yusri Che Lah adalah pembantu jurulatih bersama Kelantan FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN