Kemboja meraih kemenangan sulung dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020 selepas membenam pasukan tercorot Laos dengan keputusan 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bishan.
Sejak dari awal permainan lagi, skuad kendalian Keisuke Honda ini sudah melancarkan serangan ke arah pintu gol Kemboja dan penyerang sensasinya Chan Vathanaka terlepas peluang untuk meletakkan Kemboja di depan pada minit ke-27 setelah gagal menyudahkan hantaran lintang Ken Chasopheak.
Namun empat minit kemudian, bekas penyerang Pahang itu menebus kembali kegagalannya dengan satu penyudah kaki kiri menewaskan penjaga gol Laos Solasak Thilavong.
✅ 2016
✅ 2018
✅ 2020🙌 𝓒𝓥11 scores his first goal in the #AFFSuzukiCup2020!#AFFSuzukiCup | #RivalriesNeverDie | #CAMvLAO pic.twitter.com/v43ZCavtHf
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 15, 2021
Hanya berselang 10 minit, Kemboja mengukuhkan kedudukannya dengan Chan Vathanaka sekali lagi mencetak namanya selaku penjaring gol dengan menanduk masuk hantaran lintang Kouch Sokumpheak dari sebelah kiri.
Ia merupakan gol ke-18 peribadinya daripada 48 penampilannya bersama skuad kebangsaan dan kini hanya satu gol di belakang penjaring terbanyak Kemboja sepanjang zaman Hok Sochetra.
Pemain berusia 19 tahun, Sieng Changthea melengkapkan hari gemilang pasukannya dengan gol ketiga selepas bijak mencuri ruang untuk menerima lorongan Pisey Ean dan melepaskan rembatan dengan kaki kanannya.
🤩 The 🇰🇭 teenage sensation nets his first #AFFSuzukiCup goal!
Sieng Changthea 👏#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvLAO pic.twitter.com/wPHL8iMOM6
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 15, 2021
Ia pastinya hari yang menggembirakan buat penyokong Kemboja. Bagaimanapun perkara yang lebih mencuri tumpuan adalah tindakan pengendali, Kaisuke Honda yang berani mempertaruhkan pemain-pemain muda dalam perlawanan ini.
Selepas membuat lima pertukaran, rata-rata pemain di atas padang adalah berusa 19, 20 dan 21 tahun dan mereka masih mengekalkan penguasaan bola dan menampilan permainan yang kemas mengikut taktikal yang diarahkan.
Ia dibuktikan dengan statistik rasmi perlawanan di mana Kemboja memegang 65 peratus penguasaan bola, membuat 15 percubaan dengan 8 daripadanya tepat ke arah gol selain mengumpul 87.4 peratus ketepatan hantaran.
Sejak awal saingan lagi skuad Angkor Warriors ini telah mengejutkan peminat dan pemerhati bola sepak dengan menampilkan corak permainan yang menarik walaupun mereka tewas kepada Malaysia dan Indonesia.
Revolusi yang dijelmakan oleh Keisuke Honda ini dalam kejohanan Piala AFF kali ini tentunya tidak boleh dipandang enteng kerana tidak mustahil mereka akan menjadi salah satu pencabar buat pasukan-pasukan lain di rantau ini.