Syafiq Ahmad Bakal Dipinjamkan Keluar – 3 Sebab Kedah Bukan Destinasi Yang Dituju

Syafiq Ahmad JDT Kedah 2022

Adakah Kedah Darul Aman FC akan menjadi destinasi Syafiq Ahmad untuk kembali beraksi di musim 2022?

Dalam pengumuman oleh Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest, dimaklumkan penyerang, Syafiq Ahmad akan dipinjamkan keluar dan mereka dalam fasa perbincangan dengan beberapa pasukan.

Tidak dimaklumkan pasukan mana yang sedang berbincang bersama juara lapan kali Liga Super itu, namun terdapat khabar angin mengatakan Syafiq Ahmad bakal menyertai Kedah Darul Aman FC atau KL City FC. Ia atas satu ciapan oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Menurut TMJ, “Kalau dipinjamkan keluar pun, mesti dia nak main kelab yang main [dalam] kejohanan AFC macam Kedah atau Kuala Lumpur. Tak mungkin dia nak main kelab awak bawah pengurusan Izhar Moslim.”

Itu merupakan balasan ciapan TMJ kepada salah seorang penyokong Selangor FC, RimauXI tempohari.

Namun, mungkin Kedah bukanlah destinasi yang sesuai buat Syafiq Ahmad untuk dipinjamkan keluar.

Kedah berpaksikan taktikal seorang penyerang

Dibawah kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah berpaksikan taktikal dengan seorang penyerang dan selalunya ia milik penyerang import. Pada musim 2019, musim pertamanya di Kedah, beliau menggunakan Fernando Rodriguez sebagai penyerang utama dengan Jonathan Bauman sebagai penyerang kedua, di belakangnya.

Musim 2020 dan 2021, Kedah menggunakan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal di depan. Seorang penyerang lagi, Kipre Tchetche diletakkan di sebelah kiri atau kanan dan bertindak membantu Kpah Sherman.

Walaupun Kpah Sherman sudah sah meninggalkan pasukan, skuad Hijau Kuning dikatakan sedang memburu penyerang import untuk menggantikannya. Jadi, di mana tempat buat Syafiq Ahmad jika itu berlaku. Ya, beliau boleh beraksi sebagai penyerang kedua, namun, adakah Aidil Sharin akan kembali dengan taktikal itu?

Musim lalu, formasi taktikal pengendali kelahiran Singapura itu lebih kepada 4-1-3-1  atau 4-3-3 bergantung kepada perlawanan. Apa yang jelas, Kpah Sherman akan berada di depan, dibantu oleh dua pemain sayap menyerang, seorang pemain tengah bertahan dan dua pemain bermain di posisi tengah (central midfield).

Kesebelasan utama Kedah 2021 Piala Malaysia Melaka
Kesebelasan utama Kedah menentang Melaka United di Piala Malaysia 2021

 

Tiada lagi pemain dengan peranan seperti Jonathan Bauman pada 2019. Tetapi masih bergantung kepada perlawanan, adakalanya Kipre Tchetche akan diletak di belakang Kpah Sherman, mengembalikan peranan Jonathan Bauman sebagaimana dalam aksi berdepan JDT dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021.

Jika Aidil Sharin berjaya mendapat dua pemain import penyerang, sudah tentu tiada tempat buatnya.

Syafiq Ahmad perlukan minit permainan

Semata-mata mengubah perancangan taktikal untuk memberikan minit permainan kepada Syafiq Ahmad bukanlah cara pengurusan pemain Aidil Sharin. Bukan mudah seorang pemain di Kedah untuk memikatnya. Pemain seperti Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad mengambil masa yang lama untuk mengambil hatinya.

Penyerang berusia 26 tahun itu sangat mahukan minit permainan. Jelas beliau sebenarnya kecewa apabila kerap kali terpinggir di bangku simpanan sebagaimana ciapannya ketika JDT menang ke atas PJ City FC. Ciapnya, “Seronok tengok kawan-kawan main bola.” Tindakannya itu menerima teguran daripada TMJ.

Untuk ke Kedah, beliau perlu pastikan dirinya mendapat minit permainan dan dengan sikap ‘hati kering’ Aidil Sharin dalam memberi peluang selain kecenderungan menggunakan pemain import, sukar buat Syafiq Ahmad.

Jika benar minit permainan yang diburunya, PJ City adalah pasukan yang sangat sesuai buatnya setakat ini.

Permusuhan era baharu antara JDT-Kedah

Sesi berbalas ‘banter’ antara TMJ dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum suku akhir Piala Malaysia 2021 seperti membuka era baharu permusuhan mereka.

JDT dan Kedah memang sudah kerap bertemu dalam aksi penting sama ada dalam saingan Liga Super atau Piala Malaysia. Namun, suhu permusuhan kedua-dua pasukan tidaklah terlalu besar sehingga ‘banter’ itu.

“Apa Punya Peluru Kapoq” – Presiden KDA FC, Sanusi Balas ‘Tembakan’ TMJ

Adakah TMJ akan melepaskan Syafiq Ahmad untuk kembali ke pasukan lamanya itu? Jelas, ia berbunyi agak pelik. Tetapi apa sahaja boleh berlaku, namun nampak, KL City lebih berpeluang besar untuk memilikinya secara pinjaman. KL City jelas memerlukan kualiti di bangku simpanan mereka dan Syafiq Ahmad boleh membantu.

KL City kekurangan penyerang sehingga merevolusikan Romel Morales sebagai penyerang mereka sepanjang musim lalu. Dengan akan tampil beraksi di Piala AFC musim depan, The City Boys memang memerlukan ‘bahan-bahan’ baharu dalam ramuan mereka. ‘Banter’ antara dua individu itu akan sedikit ‘membantu’ KL City.

Rumusan

Jika benar kenyataan TMJ yang Syafiq Ahmad sedang menuju ke pasukan yang beraksi di pentas Piala AFC, ia merupakan pertandingan antara Kedah dan KL City. Namun, jelas, KL City berada sedikit di depan, saat ini.

Apa pandangan penyokong Kedah? Adakah bekas ‘ubi’ muda mereka itu bakal kembali ke bumi kelahirannya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN