Piala AFF 2022: Park Hang-seo Tak Peduli Ketiadaan Bintang JDT, Baginya Malaysia Masih Skuad Terbaik

Park Hang-seo Kim Pan-gon Malaysia Vietnam Piala AFF 2022 terbaik

Park Hang-seo tidak pandang mudah cabaran daripada Malaysia dengan mengatakan skuad kali ini waima tanpa bintang utama, masih terbaik.

Ketika ditanya oleh wakil Semuanya BOLA di sidang media pra-perlawanan sebentar tadi, pengendali Vietnam itu jelas tidak mahu mengambil mudah cabaran yang bakal dihidangkan oleh rakan sejawatnya dari Malaysia.

Tanpa tonggak utama yang majoritinya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berpengalaman beraksi di kejohanan tertinggi Asia, AFC Champions League (ACL), tidak menandakan yang skuad ketika ini tidak mampu bersaing.

Walaupun tanpa pemain utama, saya rasa pasukan yang Malaysia ada ini adalah yang terbaik,” ungkap Park tentang ketiadaan tonggak utama.

Malaysia beraksi tanpa majoriti tonggak utama yang membawa negara ke pentas Piala Asia 2023 sebelum ini, namun bagi Park, sistem permainan yang sama bakal dipersembahkan yang mana baginya, sangat pantas.

Ketiadaan tonggak-tonggak ini menjadi tajuk utama majoriti media dan menjadi persoalan, adakah skuad ‘kedua’ ini mampu menjelmakan positif?

Saya telah melihat dua aksi Malaysia dalam perlawanan sebelum ini. Apa yang saya lihat, skuad Malaysia yang ada kini sangat berbeza. Mereka sangat pantas menyerang berbanding dengan skuad sebelum ini,” ungkapnya.

Dalam dua aksi pertama kumpulan sebelum ini, malaysia merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Myanmar dan 5-0 ke atas Laos pada Sabtu lalu.

Sementara untuk Vietnam, ini adalah perlawanan kedua mereka selepas berpesta gol ke atas Laos, menang 6-0 dalam aksi pertama kumpulan.

Perlawanan ini dijangka akan jadi tumpuan semua disebabkan kredibiliti kedua-dua pengendali yang datang dari negara yang sama, Korea Selatan.

Park Hang-seo sudah lima tahun bersama Vietnam, sementara Kim Pan-gon bakal menginjak ke tahun pertamanya bersama Harimau Malaya.

Ketika dia [Kim] menjadi pemain, saya sudah bergelar jurulatih. Saya ikut perjalanan dia selepas bergelar jurulatih dan banyak masanya berada di Hong Kong. Sebab itu Bahasa Inggerisnya bagus,” kata Park tentang Kim.

Apabila dia pulang ke Korea Selatan, dia menjadi Pengarah Teknikal di mana dia bertanggungjawab melantik pengendali Korea Selatan. Di Hong Kong juga dia terlibat dengan kerja luar padang, jadi dia berpengalaman luas,” tambah pengendali yang bakal menamatkan kariernya di akhir kejohanan ini.

Piala AFF 2022 menjadi pentas terakhirnya sebagai pengendali Vietnam apabila mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN