Faisal Halim: “Kami Datang Ke Vietnam Untuk Menang”

Faisal Halim

Faisal Halim melaungkan amaran mereka hadir ke Hanoi adalah untuk mencari kemenangan dan akan berjuang sehabis baik dalam perlawanan menentang Vietnam malam esok.

Faisal juga bertekad untuk meneruskan rentak jaringan dalam perlawanan esok malam agar dapat membantu Malaysia mencapai kemenangan namun itu bukan perkara utama kerana yang lebih penting adalah keputusan positif buat pasukan negara.

“Saya datang ke bukan untuk kalah sebalik untuk mencari kemenangan agar dapat membanggakan pasukan, keluarga dan lebih penting adalah kepada peminat Malaysia,” tambah Faisal.

Ketika ini beliau sedang mendahului penjaring terbanyak dengan tiga jaringan sudah pasti ini dapat memberi tonik tambahan buat dirinya dan rakan sepasukan.

Pemain muda ini juga menganggap pasukan Vietnam adalah sebuah pasukan yang dibarisi pemain terbaik dan mereka akan mengambil cabaran tersebut untuk menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Faisal tetap optimis Harimau Malaya akan memberi saingan agar tidak pulang tangan kosong.

Tambah beliau lagi, biar pun pemain yang hadir ini bukan skuad terbaik namun beliau yakin kemampuan rakan sepasukan kerana mereka telah menunjukkan dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya sentiasa memberi motivasi kepada pemain baharu untuk mengambil peluang ini dan berikan yang terbaik kerana peluang itu tidak hadir selalu.

“Ini adalah masa terbaik untuk menunjukkan apa yang mereka ada dan berikan segalanya di dalam padang,” kata Faisal dalam menjawab soalan media dari Vietnam.

Menurut pemain berusia 24 tahun ini, semua pemain sedar bukan mudah untuk bermain dibawah taktikal jurulatih Kim Pan-gon namun ketika ini pemain dapat menerima segala taktikal yang diterapkan.

Ketika ini juga, kem negara berada di dalam keadaan gembira dan bersemangat untuk turun berjuang demi Malaysia.

Vietnam yang bermain di halaman sendiri sudah pasti ingin mencatat kemenangan apatah lagi mereka membariskan skuad terbaik dalam kejohanan ini.

Ini juga adalah medan terbaik buat skuad negara untuk menguji kemampuan sebenar dan dengan kemenangan demi kemenangan yang dicatat sebelumi ini sedikti sebanyak ia dapat memberi motivasi kepada pemain sebelum turun dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN