Piala AFF 2022: Derbi Seberang Tambak Jadi Sajian Utama Di Malaysia

Derbi Seberang Tambak Malaysia Singapura panas Sukan SEA 2021

Nampaknya, ‘api’ Derbi Seberang Tambak dinyalakan semula menjelang kempen Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Singapura, pada Disember.

Dua aksi di gelanggang sendiri dalam kempen Piala Mitsubishi Electric AFF (Piala AFF) 2022 akan menemukan Malaysia dengan Laos dan Singapura.

Mungkin ada yang merasakan ia perlawanan yang kurang menarik untuk dilangsungkan di Malaysia nanti, namun, usah dipandang remeh Singapura.

Rata-rata mungkin mengharapkan pertembungan dengan Vietnam akan berlangsung di sini, namun ternyata tuah memihak kepada ‘Naga Emas’.

Begitupun, aksi Derbi Seberang Tambak juga mampu untuk menarik ramai penyokong dengan perlawanan tersebut menjadi aksi terakhir kumpulan.

Mengapa tiada tuan rumah untuk edisi kali ini?

Untuk kempen peringkat kumpulan, dalam amalan sebelum ini, ia diadakan secara berpusat ataupun tuan rumah kecuali pada edisi 2018. Dan ASEAN Football Federation (AFF) kembali menjalankan format edisi 2018 kali ini.

Ia diharapkan dapat mengembalikan keghairahan para penyokong untuk menyaksikan kejohanan terbesar di ASEAN itu di halaman sendiri nanti.

Berbeza dengan format asal yang memiliki tuan rumah, pasukan lain hanya dapat menyaksikan pasukan mereka di laman sendiri jika mara ke separuh akhir. Jika tidak, mereka perlu menanti peluang di edisi lain selepas itu.

RASMI: Malaysia Diundi Bersama Indonesia & Vietnam Dalam Piala AFF 2020

Selepas edisi 2020 dilangsungkan pada Disember 2021 – lepas tertangguh hampir setahun akibat Covid-19, ia terpaksa dijalankan sepenuhnya secara berpusat. Dan Singapura menjadi tuan rumah untuk edisi ‘ganjil’ tersebut.

Perubahan ini dimaklumkan oleh AFF menerusi Presidennya, Khiev Sameth.

“Kami percaya bahawa penyokong dari tiap negara peserta Piala AFF 2022 akan menyebarkan keghairahan pada acara bola sepak terbesar di Asia Tenggara ini.”

Selain itu, edisi ini akan menyaksikan ia berlangsung pada hujung Disember, tidak seperti kebiasaannya ia akan bermula pada hujung November.

Derbi Seberang Tambak, sajian utama di Malaysia

Dalam jadual yang dimuat naik malam tadi, dua aksi peringkat Kumpulan B melibatkan Malaysia sebagai tuan rumah adalah menentang Laos dan Singapura sementara di tempat lawan menentang Myanmar dan Vietnam.

Kenapa Derbi Seberang Tambak menentang Singapura dijangka menarik?

5 Sebab Peminat Malaysia Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Singapura

5 Sebab Mengapa Peminat Singapura Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Malaysia

Kali terakhir Malaysia menang ke atas Singapura adalah pada November 2014, juga dalam saingan Piala AFF. Harimau Malaya menang 3-1 dalam peringkat kumpulan. Malaysia menyingkirkan ‘The Lions’ di laman mereka.

Edisi tersebut menyaksikan Malaysia mara sehingga ke final sebelum ditumpaskan Thailand dengan agregat 4-3. Malaysia hampir menjuarai kejohanan di edisi tersebut apabila mendahului agregat 3-2 sebelum Thailand bangkit di 10 minit terakhir menerusi gol Charyl Chappuis dan Chanathip Songkrasin, menamatkan terus harapan Malaysia untuk menang.

Selepas itu, dalam tiga pertembungan, Malaysia tidak lagi berjaya melakar kemenangan – satu seri dan dua kekalahan. Ia satu rekod yang kurang baik berdepan musuh ketat seperti Singapura dan sukar ‘ditelan’ penyokong.

Di Piala AFF kali inilah peluang buat Malaysia untuk membalas dendam.

Dan tentunya penyokong Malaysia dahagakan kejayaan ke atas Singapura dan sudah tentu penyokong Singapura juga mahukan kemenangan dengan harapan bakal digalas oleh anak-anak Fandi Ahmad terutama sekali penyerang meningkat naik, Ikhsan Fandi yang memusnahkan Harimau Malaya di pertembungan terakhir pada aksi Tri-Nation Series 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN