Piala AFF 2020: Yabes Roni, Ricky Kambuaya Ikrar ‘Hancurkan’ Malaysia, Tekad Bawa Indonesia Ke Separuh Akhir

Ricky Kambuaya Yabes Roni Indonesia

Menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020, dua pemain Indonesia, Yabes Roni dan Ricky Kambuaya telah membulatkan tekad untuk meraih kemenangan ke atas Malaysia dan seterusnya layak ke separuh akhir.

Skuad Sang Garuda kini berada pada motivasi terbaik selepas berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan dalam tiga perlawanan dan kini mendahului kumpulan B dengan mengumpul tujuh mata.

Ini bermakna, skuad kendalian Shin Tae-yong itu hanya memerlukan keputusan seri sahaja sementara Malaysia pula pastinya menjadi pasukan yang lebih tertekan kerana wajib meraih kemenangan.

“Semoga dalam perlawanan berdepan Malaysia, kami dapat meraih kemenangan,” ujar Yabes Roni menerusi media PSSI.

Piala AFF edisi kali ini merupakan penampilan pertama Yabes Roni di kejohanan rantau Asia Tenggara di mana beliau juga di antara muka-muka baharu yang dipanggil untuk memerkuat skuad Indonesia.

Pemain sayap Bali United itu tampil melakukannya debutnya bersama skuad senior ketika aksi menentang Vietnam apabila dimasukkan pada minit ke-79 menggantikan Witan Sulaeman.

Baginya peluang itu akan menjadi motivasi buat dirinya untuk memperagakan persembahan terbaik sekiranya diberi kepercayaan untuk diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

“Saya bertekad untuk terus memberikan yang terbaik dan akan berkerja keras agar dapat diberikan kesempatan bermain ole jurulaith,” tambah Yabes Roni lagi.

Ricky Kambuaya pula merupakan tonggak utama pasukan di bahagian tengah dan pastinya beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan kejuaraan pertama buat dirinya di pentas antarabangsa.

“Saat menentang Malaysia, kami tetap akan kerja keras, disiplin dan fokus agar dapat meraih kemenangan demi layak ke separuh akhir,” kata Ricky Kambuaya.

Perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia akan berlangsung pada 19 Disember ini di Stadium Nasional Singapura, Kallang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN