Kelab Eropah Anggap Barcelona Bergurau Mahu Tawarkan Samuel Umtiti Kepada Mereka

Kelab Eropah berfikir yang Barcelona bergurau ketika mereka menawarkan Samuel Umtiti kepada kelab tersebut dalam satu perjumpaan baru-baru ini.

Kelab Eropah itu menganggap Barcelona bergurau selepas melihat keadaan Samuel Umtiti yang boleh dianggap sebagai antara pemain paling membebankan untuk ditandatangani.

Umtiti hanya bermain satu perlawanan sahaja dalam saingan La Liga musim ini, dengan beliau bermain selama 90 minit ketika aksi terikat 2-2 bertemu Osasuna hujung minggu lalu.

Beliau ketika ini dianggap sebagai beban kepada Barcelona dan pada masa yang sama kelab berdepan kesukaran untuk melepaskan Umtiti.

Terdapat satu kisah yang tular baru-baru ini, yang membuktikan betapa sukarnya gergasi Catalan itu untuk melepaskan bekas pemain Lyon itu dari kelab.

Menurut sumber laporan SPORT, ketika wakil Barcelona menyebut nama Umtiti sebagai pemain yang boleh ditandatangani, kelab yang mendengar tawaran tersebut bertanya semula kepada wakil Barca adakah beliau bergurau tentang hal itu.

Benfica sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemain berusia 28 tahun itu, namun pada ketika ini, mereka sudah tidak berminat sama sekali untuk mendapatkan khidmatnya lagi.

Bebanan gaji Umtiti dirasakan sangat berat dengan Benfica jelas sekali tidak sanggup untuk menanggung beban membayar gaji yang tinggi kepada pemain yang selalu dibelenggu masalah kecederaan.

Satu-satunya cara untuk Barcelona melepaskan Umtiti pada ketika ini adalah dengan membatalkan kontrak beliau.

Kontrak Samuel Umtiti bersama kelab akan berakhir pada 2023 nanti dengan beliau dipercayai menolak untuk menerima cadangan pemotongan gaji bernilai £208,000 seminggu dari kelab.

Barca sebelum ini membayar £20 juta untuk mendapatkan Umtiti pada tahun 2016 yang lalu, dengan beliau kini sudah membuat 83 penampilan dari dua musim pertamanya di Nou Camp.

Beliau kemudiannya lebih kerap memanaskan bangku simpanan, berbanding diturunkan untuk beraksi di atas padang.

Antara sebab beliau sering diketepikan adalah kerana sering dibelenggu masalah kecederaan dan turut tidak berada di tahap kecergasan terbaik untuk bermain.

Pemenang dua kali gelaran La Liga itu sebelum ini tidak digemari oleh bekas pengurus Barca, Ronald Koeman dan beliau juga sepertinya berdepan masalah sama di bawah kendalian Xavi Hernandez.

Selain pihak kelab, para penyokong Barcelona sendiri tidak suka dengan Samuel Umtiti dan menggesa pihak kelab supaya melepaskan beliau.

Beliau pernah kena boo teruk oleh para penyokong ketika beraksi dalam perlawanan merebut Joan Gamper Trophy bertemu Juventus pada Ogos lalu.

Beliau bahkan turut tidak terlibat dengan pemain lain ketika sesi mengambil hadiah kerana menangis di dalam bilik persalinan.

Beliau juga pernah berdepan situasi yang mana segelintir penyokong menghadang keretanya dengan salah seorang dari mereka memanjat bonet kereta Umtiti ketika beliau mahu keluar meninggalkan padang latihan.

Ketika ada kelab yang menganggap Barcelona bergurau kerana menawarkan Umtiti, maka ia sebenarnya satu petanda yang sangat tidak baik.

Umtiti harus sedar yang banyak kelab lain tidak berkenan dengan cara permainan beliau dan beliau haruslah sedar diri untuk tidak meminta gaji yang terlalu tinggi.

Leave a Reply