Formasi 3-4-3 Jadi Pilihan Stanley Bernard Untuk Malaysia Berdepan Indonesia

Stanley Bernard Malaysia Indonesia

Bekas pemain skuad kebangsaan, Stanley Bernard nampaknya telah memilih formasi 3-4-3 untuk Malaysia yang akan berdepan musuh ketat, Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020, pada Ahad ini.

Perlawanan yang sangat penting buat skuad negara selain ia juga merupakan Derbi Nusantara antara kedua-dua pasukan. Malaysia perlu menang ke atas Indonesia untuk terus bersaing di edisi kali ini, sementara Garuda pula dilihat tenang kerana hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk menyingkirkan Harimau Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC itu nampaknya tidak mengikut formasi digemari pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe iaitu 4-3-3 atau 4-2-3-1. Baginya, formasi ini adalah yang terbaik buat Malaysia, namun beliau bukanlah menidakkan pilihan Cheng Hoe. “Ini pilihan saya, saya bukan Tan Cheng Hoe,” tegasnya.

‘Mudah Dibaca’ – Adakah Cheng Hoe Akan Kekal Dengan Taktikal Sama Sampai Kiamat?

Dan beliau menjelaskan pilihan pemain yang diletakkannya dalam kesebelasan utama. Malah, beliau memilih untuk mengetepikan Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula untuk posisi serangan dan beliau menjelaskan secara mendalam mengapa Safawi Rasid adalah pilihan utamanya untuk menjadi tonggak utama.

Ini merupakan formasi pilihannya dan senarai pemain yang beliau akan letakkan di setiap posisi tersebut.

Formasi 3-4-3 Stanley Bernard Malaysia Indonesia

Beliau memilih untuk meletakkan Khairul Fahmi di gawang walaupun Khairulazhan Khalid sudah kembali ke dalam skuad. Untuk tiga bek tengah, beliau memilih Dion Cools, Dominic Tan dan pemain pertahanan utiliti, Syahmi Safari. Baginya, tiada masalah kerana mereka akan membentuk bek berlima apabila bertahan.

Untuk bek sayap, beliau meletakkan harapan kepada Quentin Cheng di sebelah kiri dan Rizal Ghazali di kanan.

“Tak ada pilihan, sudah tentu kita akan mengharapkan pengalaman Baddrol [Bakhtiar], Syafiq Ahmad, Arif Aiman di bahagian kiri, and selepas itu saya akan mainkan Luqman [Hakim] di bahagian kanan dan saya akan letakkan Safawi [Rasid] sebagai penyerang utama,” ungkap Stanley Bernard lanjut dalam rancangan di Astro Arena.

Dan beliau jelaskan mengapa Luqman Hakim diletakkan di sebelah kanan. Katanya, “Kita melihat kesukaran Luqman. Lihat semula perlawanan di mana [kita] menentang Laos dan anda nampak Luqman bila dia masuk, dia membuat cutback, yang mana Kogi jaringkan. Luqman sejak di AMD dan NFDP, dia masuk channel

“Dia masih tidak mempunyai, mungkin pengalaman luas untuk bermain dengan pertahanan lawan. Saya pernah main nombor sembilan, saya tak cukup bagus nak main nombor sembilan. Saya 9.5 atau 10 boleh. Ketika ini, saya tidak rasa Luqman ada kelebihan itu, dia lebih kepada masuk menerusi channel,” jelasnya tentang Luqman.

Dan beliau memperincikan lagi mengapa Safawi Rasid menjadi pilihannya. “Mengapa Safawi? Satu karekternya, pemain yang pantas membuat keputusan di atas padang. Apabila dia membuat percubaan, walaupun memiliki sedikit peluang, ada sedikit penglihatan ke arah gawang, dia akan membuat satu ledakan,” jelasnya.

“Pada saat ini, kalau kita lihat, kita dah cuba semua, [Guilherme] De Paula tak cukup bagus, Luqman mengalami sedikit masalah, walaupun larian-larian dia bagus,” tambah Stanley Bernard lagi tentang posisi serangan.

“Malam menentang Indonesia ialah malam efficiency, dapat peluang [kita] kena habiskan,”tegasnya lagi.

Apa pendapat pembaca dengan pilihan oleh Stanley Bernard untuk aksi Malaysia menentang Indonesia?

Leave a Reply