Piala AFF 2020: Cheng Hoe Tak Pandang Rendah Kualiti Skuad Muda Kemboja

Malaysia akan memulakan saingan Piala AFF 2020 hari ini dengan menentang Kemboja jam 5.30 petang.

Persiapan skuad Harimau Malaya sedikit tempang apabila pemain serangan berbakat, Faisal Halim serta penjaga gol, Khairulazhan disahkan positif wabak Covid-19 semalam.

Jika dilihat atas kertas, Malaysia tidak berdepan masalah untuk memenangi perlawanan malam ini kerana Kemboja bukan lah pasukan pilihan dan ranking pasukan juga memihak kepada Malaysia.

Namun Tan Cheng Hoe dilihat tidak mengambil pendekatan mudah dan sedia memberi fokus sepenuhnya kepada pasukan lawan untuk mengelakkan sebarang kejutan.

Ketika ditanya sidang media semalam, jelas Cheng Hoe beranggapan bahawa lawan mereka bukan lah lawan yang sama dan mereka sangat berbahaya melalui serangan balas pantas.

Cheng Hoe juga mengakui persiapan kali ini agak kelam kabut dan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semua pemain yang dipanggil ke kem berikutan jadual Piala Malaysia.

Ryu Hirose selaku pengendali utama pasukan Kemboja dilihat mempunyai projek serampang dua mata apabila membawa lebih ramai pemain muda untuk memberi pengalaman menjelang saingan Sukan SEA akan datang.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai pencapaian yang sangat baik di saingan Piala AFF selain mengakui anak buah Cheng Hoe bukan calang-calang pemain kali ini.

Namun Hirose tetap yakin akan anak buahnya serta sudah melakukan persiapan yang baik untuk memerangkap Malaysia pada petang ini.

Segalanya akan terjawab petang ini bagaimana kedua jurulatih ini membuktikan pasukan mana yang lebih baik dan siapa lebih bijak merencana taktikal.

Buat para penyokong Harimau Malaya, jangan lupa untuk memberi sokongan padu anda di kaca televisyen petang ini.

Leave a Reply