Piala AFF 2020: Park Hang-seo Akui Vietnam Tertekan Pertahan Kejuaraan

Park Hang-seo

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui beliau dan pasukannya berada dalam keadaan tertekan dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan.

Bakal turun menentang Laos dalam perlawanan pembukaan Piala AFF 2020, Hang-seo mengakui yang pasukannya mengalami tekanan meninggi dari dua sudut.

Pertama adalah status mereka sebagai juara bertahan dan kedua disebabkan motivasi pasukan yang jatuh ketika ini.

Ketika ini, skuad Vietnam berada dalam motivasi yang cukup teruk selepas mereka kecundang kesemua aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

“Pasukan Vietnam baru saja selesaikan kesemua perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2022 dan tewas semuanya.”

“Situasi ini memberi kesan kepada semangat pasukan. Malah kami turut dibebankan dengan status sebagai juara bertahan,” kata Hang-seo ketika sesi sidang media secara dalam talian.

Beliau juga mengakui yang kedua-dua kumpulan mempunyai pasukan yang hebat-hebat dan mampu untuk menggugat Vietnam sebagai juara bertahan.

“Kumpulan B dan Kumpulan A kedua-duanya mempunyai pasukan yang kuat.”

“Keputusan perlawanan adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka, tetapi kami akan berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik.”

Vietnam sudah menjalankan tiga sesi latihan menjelang aksi bertemu Laos malam ini.

Semestinya, beliau mengharapkan semuanya akan menjadi lebih baik buat pasukannya selepas tewas kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Walaupun begitu, Hang-seo berharap pasukannya akan mendapat sesuatu yang positif daripada kekalahan tersebut dan melakukan dengan lebih di Piala AFF 2020.

Vietnam diletakkan di dalam Kumpulan B bersama-sama Malaysia, Indonesia, Laos dan Kemboja.

Sumber:

Leave a Reply