Piala AFF 2018: Tidak Serius Soal Pembangunan Pemain, Punca Indonesia Gagal Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

Indonesia

Tiada program pembangunan di akar umbi yang lengkap telah membantutkan Indonesia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Ketua jurulatih Indonesia, Bima Sakti Tukiman berpendapat kegagalan pasukannya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018 adalah berpunca daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang dilihat seperti tidak memandang serius tentang usaha pembangunan pemain di peringkat muda.

Menurut pengendali berusia 42 tahun itu, persatuan PSSI tidak boleh hanya memberikan fokus untuk meraih kejayaan dalam masa singkat, sebaliknya mereka perlu mengikut usaha yang sedang dilakukan negara-negara lain dalam pembangunan pasukan kebangsaan.

“Kita (Indonesia) tidak boleh mengharapkan keputusan yang terbaik dalam masa singkat. Negara-negara yang memiliki kemajuan dalam sukan bola sepak selalu ada pembangunan pemain di peringkat muda. Tetapi di Indonesia, kita tidak ada itu,” kata Bima menerusi Bola.net.

Bima turut berkata, beliau pernah bertanya kepada jurulatih pasukan kebangsaan Jepun B-19 mengenai usaha yang dilakukan negara itu dalam membentu sebuah pasukan bola sepak yang hebat.

 FOTO/Sigid Kurniawan/nz.

“Selepas ini, pembangunan awal kanak-kanak mesti dipertimbangkan kerana ini adalah asas kepada pasukan kebangsaan untuk masa depan.”

“Saya pernah berjumpa dengan jurulatih pasukan kebangsaan Jepun B-19 dan beliau berkata untuk menyediakan pasukan yang kuat perlu mengambil masa hampir enam atau tujuh tahun, dan daripada diantara mereka (pemain) dihasilkan di akademi.”

Jauh ketinggalan

Dalam temubual tersebut Bima Sakti turut mengatakan bahawa projek pembangunan di Indonesia masih ketinggalan jauh dalam aspek mengajar pemain beraksi dengan lebih baik mengikut corak permainan bola sepak moden hari ini.

Beliau memberi contoh pemain muda yang datang dari produk akademi bola sepak Indonesia, Febri Hariyadi dengan menyifatkan pemain itu masih gagal untuk berada di level seperti yang diharapkan.

“Sayangnya di usia muda, Indonesia belum ada persaingan. Para pemain muda di Indonesia dilihat masih gagal dalam usaha yang dilakukan persatuan sebelum ini.”

“Ambil contoh, misalnya Febri Hariyadi. Sewaktu masih berusia belia, Febri hanya diajarkan berlari selama di akademi,” tuturnya.

“Dia memiliki kepantasan dalam lariannya. Namun, kelemahannya pula Febri tidak seperti tidak tahu bagaimana untuk mengawal bola atau melakukan tendangan dengan baik dan sempurna.

“Ianya terjadi kerana tiadanya usaha secukupnya oleh bola sepak Indonesia. Jadi, saya berharap dimasa akan datang, akan ada usaha untuk menyelesaikan masalah ini agar bola sepak Indonesia boleh maju dan berdaya saing,” seru Bima Sakti.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN