Tony Fernandes Sedia Kaji Penerbangan Khas Ke Bangkok Untuk ‘Ekor’ Harimau Malaya

Tony Fernandes

Dalam satu muat naik di Twitter pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau sedang mengkaji untuk menyediakan penerbangan khas ke Bangkok – khusus untuk penyokong Harimau Malaya yang ingin memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam aksi separuh akhir kedua di Thailand pada 5 Disember hadapan.

Pasukan negara sah akan bertemu Thailand di peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 selepas skuad yang terkenal dengan nama jolokan Gajah Putih itu menewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B – sekaligus muncul juara kumpulan tersebut.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Malaysia yang juga merupakan naib juara Kumpulan A, akan terlebih dahulu berhadapan dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 1 Disember akan datang, sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok untuk menentukan pasukan mana yang lebih layak mara ke perlawanan akhir kejohanan bola sepak peringkat serantau edisi ke-12 ini.

Sebelum itu, terdapat pertanyaan daripada segelintir penyokong Malaysia sekiranya Air Asia boleh menyediakan penerbangan khas dengan diskaun untuk mereka menyaksikan perlawanan di Bangkok.

Kami juga turut berkesempatan membuat pertanyaan kepada pemilik syarikat tambang murah terbesar dunia itu melalui tweet seperti di bawah.

Tweet dan pertanyaan berkenaan kemudiannya dibalas oleh Tony Fernandes, yang bersedia untuk melihat cadangan tersebut.

Hasil semakan kami melalui laman sesawang Air Asia sebentar tadi, kos penerbangan pergi dan balik boleh mencecah sehingga RM628.Jika cadangan ini menjadi kenyataan, ia sekurang-kurangnya akan memberikan penjimatan, sekaligus memungkinkan lebih ramai ‘ekor’ untuk turut serta ke Bangkok demi memberi sokongan kepada pasukan negara.

Sumber: Air Asia

Namun sambil kita menunggu pengumuman lanjut dari Tan Sri Tony Fernandes dan Air Asia mengenai penerbangan tersebut, ayuh kita dapatkan tiket perlawanan Malaysia menentang Thailand yang akan diadakan di SNBJ pada 1 Disember terlebih dahulu.

Anda boleh mendapatkan tiket mulai hari ini secara atas talian di www.tickethotline.com, manakala tiket secara fizikal di lokasi-lokasi tertentu mulai 29 November (Khamis akan datang.

Ayuh, tunggu apa lagi. Mari kita beramai-ramai gegarkan Thailand pada 1 Disember hadapan.

Kredit foto: Marketing Interactive

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN