Tebas Yakin Ramos Tak Salah Atas Tuduhan Melanggar Peraturan Ujian Doping

Laman ‘whistleblower’ Der Spiegel ataupun Football Leaks mengeluarkan beberapa laporan mengaitkan Sergio Ramos dengan kesalahan ‘doping’. Der Spiegel mendakwa Ramos telah melanggar protokol anti-doping sebanyak 2 kali.

Antaranya adalah pada 2017, ketika perlawanan final UCL melibatkan Real Madrid dan Juventus. Selepas tamat perlawanan beberapa pemain akan dipanggil secara rawak untuk ujian dadah.

Der Spiegel menyatakan dalam laporan mereka; ketika itu Sergio Ramos mandi terlebih dahulu dan tidak mengendahkan arahan agar beliau terus melakukan ujian. Der Spiegel menganggap tindakan itu sebagai melanggar peraturan ujian doping.

Namun kapten Real Madrid itu dilaporkan tidak dikenakan sebarang tindakan di atas perkara itu. Real Madrid dan Sergio Ramos terus membidas laporan itu yang diabel mereka sebagai tidak berasas dan bermotif jahat.

Real Madrid memberikan kenyataan bahawa Sergio Ramos tidak pernah gagal dalam mana-mana ujian anti-doping sepanjang karier beliau. Ramos membuat kenyataan mempertahankan dirinya menerusi media sosial rasmi beliau.

Ramos berkata: “Sebaik sahaja perlawanan tamat, saya diminta melengkapkan ujian anti-doping. Saya diberitahu oleh pegawai [anti-doping] bahawa saya dibenarkan mandi terlebih dahulu dengan pengawasan mereka – sebelum saya melengkapkan ujian itu. Saya lulus ujian tersebut.”

Namun begitu, dalam laporan yang diedarkan Der Spiegel pula, mereka melaporkan; pegawai anti-doping berkali-kali mengingatkan Ramos agar jangan mandi terlebih dahulu sebelum ujian itu tamat. Namun Real Madrid tidak mengendahkannya.

Sergio Ramos kemudiannya memberi amaran kepada Der Spiegel, bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Wartawan kemudiannya bertanya kepada Presiden La Liga, Javier Tebas tentang pandangan beliau ke atas isu ini.

Javier Tebas percaya Sergio Ramos tidak bersalah di dalam hal tersebut. Beliau juga menyatakan Presiden Real Madrid seorang yang sangat tegas dalam isu doping.

Jadi, tak mungkin Perez akan berkompromi di dalam hal seperti ini. Tebas yakin semua pemain Real Madrid tahu akan prinsip Florentino Perez dan pastinya mereka tidak berani untuk melakukan kesalahan berkaitan doping.

“Saya kenal lama dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez. Beliau seringkali menyuarakan pandangan beliau tentang perkara berkaitan doping selama bertahun-tahun.”

“Perez adalah individu yang sangat obses dengan idea bahawa dalam sukan tidak seharusnya ada doping sama sekali, termasuk bola sepak. Saya tiada keraguan ataupun kesangsian kerana segalanya sudah jelas nyata.”

Namun begitu, Tebas menyatakan beliau akan cuba mengkaji kes ini atas kapasiti Presiden La Liga.

“Saya akan cuba memeriksa perkara ini, sebab saya tak sempat berbuat demikian kerana saya ada urusan kerja di luar [travelling], dan saya tak tahu.”

“Apabila perkara seperti ini berlaku, biasanya akan dirujuk kepada Agensi Perlindungan Kesihatan Sukan Sepanyol. Terpulanh kepada mereka sama ada mahu membuka kes ini. Kami tidak ada kepakaran tentang perkara seperti ini dan rasanya kami sudah memberikan komen yang relevan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN