Piala AFF 2018: Thailand Sudah Kaji Corak Permainan Malaysia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Milovan Rajevac melaungkan amaran awal bahawa pasukannya sedia mengecewakan ribuan penyokong tuan rumah pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Malaysia esok.

Malah, pasukannya sudah pun membuat persiapan rapi dan mengkaji corak permainan pasukan Harimau Malaya sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk mengenalpasti kelemahan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

“Saya gembira berada di sini. Setiap pasukan yang mara ke peringkat ini merupakan pasukan yang terbaik di Asean. Saya tidak sabar untuk menantikan perlawanan esok dan merasai atmosfera luar biasa di tempat lawan,” katanya dalam sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia menewaskan Myanmar, 3-0 untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir. Rajevac turut mengakui skuad Harimau Malaya bukan mudah untuk ditewaskan dan pemainnya juga tidak begitu mengenali beberapa pemain tuan rumah.

“Saya dan semua pemain telah menonton perlawanan itu. Kami telah kaji taktikal dan corak permainan mereka dengan lebih mendalam. Malaysia mempunyai kelebihan dari segi sokongan padu penyokong dan sudah tentu kami perlu bersedia menghadapinya,”ujarnya.

Milovan Rajevac bersalam dengan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe pada sidang media sebentar tadi. FOTO: Chengsuek

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil ia jelas memihak kepada Malaysia apabila mencatat 2 kemenangan dan 1 keputusan seri. Namun, Rajevac menyifatkan rekod itu bukanlah ukuran sebenar prestasi semasa mereka.

“Saya ada lihat statistik dan rekod pertemuan di sini. Ianya sangat penting kami bermain dengan cara kami sendiri. Saya mahu semua pemain mempamerkan aksi terbaik mereka tidak kira dengan pasukan mana yang mereka bertemu tanpa hiraukan rekod perlawanan,” tegasnya.

Thailand tidak ada masalah bermain di atas rumput ‘cowgrass’

“Ini kali ketiga kami bermain di atas padang dengan rumput sebegini. Kali pertama di Hong Kong dan terbahru di Filipina. Saya fikir tiada masalah kerana petang ini kita berpeluang untuk menguji dalam sesi latihan terakhir.

Sementara itu, pemain pertahanan Thailand, Korrakot Wiriyaudomsiri yang beraksi untuk pasukan Buriram United berpendapat Malaysia mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan beliau serta rakan sepasukan akan beraksi mengikut taktikal jurulatih.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya.

“Malaysia merupakan pasukan yang sedang meningkat. Mereka telah menjaringkan banyak gol dalam perlawanan sebelumnya. Ianya pasukan yang bagus dan kami tidak boleh memandang mudah serta akan cuba yang terbaik.

“Bermain di Bukit Jalil bagi saya merupakan satu penghormatan. Saya gembira kerana dapat peluang untuk beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik dan merasai sendiri pengalaman bermain disini. Ianya pasti menarik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN