Phillipe Coutinho yang dimasukkan pada permulaan babak kedua ketika perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey berjaya menemui sentuhan jaringan sekaligus menjadi gol pertama buat beliau di Barcelona.
Beliau yang masuk menggantikan pemain Portugal, Andre Gomes memberikan impak pantas buat kelab Catalan itu setelah mencipta jaringan hanya selepas tiga minit berada di dalam padang.
Jaringan tersebut terhasil selepas hantaran lintang yang dilakukan Luis Suarez berjaya disempurnakan dengan baik Coutinho untuk jaringan pendahuluan buat Barcelona yang menjadikan kedudukan aggregit 2-0.
Bagaikan satu kebetulan, Luis Suarez juga merupakan pemain yang melakukan bantuan kepada jaringan pertama Coutinho ketika di Liverpool pada tahun 2013.
Ivan Rakitic kemudiannya menambah jaringan kedua pada minit ke-82 selepas beliau melakukan rembatan yang seterusnya membolosi penjaga gol tuan rumah, Jaume Domènech Sánchez. Luis Suarez sekali lagi bertindak sebagai pengumpan kepada jaringan tersebut.
Dua jaringan tersebut sudah cukup untuk membawa Barcelona untuk beraksi dalam perlawanan akhir Copa del Rey bagi tahun ke-5 berturut-turut dan bakal menanti Sevilla untuk merebut kejuaraan domestik itu.
5 – @FCBarcelona are the first team to reach five consecutive #SpanishCup finals. Collection pic.twitter.com/i4izpC5KIi
— OptaJose (@OptaJose) February 8, 2018
Aksi di Stadium Mestalla ini merupakan penampilan ke-5 buat pemain yang direkrut dengan nilai sebanyak €160 itu.
Dua daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama dalam aksi La Liga manakala tiga aksi lagi sebagai pemain gantian dalam saingan Copa del Rey.
Sebelum menyertai Barcelona, Phillipe Coutinho telah mengumpul 12 jaringan dalam semua pertandingan musim ini bersama Liverpool.