Dikaitkan Perpindahan Ke Real Madrid, Ini Jawapan Dari Mohamed Salah

Salah

Prestasi yang cemerlang bersama Liverpool ketika ini membuatkan nama Mohamed Salah menjadi perhatian beberapa kelab gergasi di Eropah.

Salah telah berjaya membantu Liverpool pada musim ini dengan berjaya menghadiahkan 28 gol  secara peribadi.

Real Madrid antara pasukan yang tertarik untuk membawa pemain kelahiran Mesir ini ke Santiago Bernabue.

Selain Neymar, Salah juga menjadi sasaran utama Los Blancos untuk memperkuatkan jentera pasukan yang kini diketahui sedang bergelut dibawah kendalian Zinedine Zidane.

Salah yang ditemui media menjawab spekulasi beliau bersama Real Madrid selepas dirinya ditujukan beberapa soalan mengenai berita tersebut.

Salah berkata: ” Saya mengikuti La Liga dan turut menonton beberapa perlawanan pasukan. La Liga sebuah liga yang bagus, banyak pasukan-pasukan hebat disana dan cara corak pemainan disana amat kreatif.”

“Ketika ini, saya bersama Liverpool dan saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya bersama pasukan. Impian saya adalah mengakhiri musim ini dengan baik dan cemerlang di Anfield.” ujarnya.

Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2017 itu juga turut menolak andaian mengenai spekulasi berkaitan beliau bersama Real Madrid.

“Saya tidak banyak berkata tentang hal ini. Saya hanya boleh katakan, saya bahagia di Liverpool ketika ini.”

Mohamed Salah menyertai Liverpool dari AS Roma pada pertengahan tahun 2017 dengan yuran perpindahan sebanyak 36.9  juta pound.

Perpindahan ini sekaligus menjadikannya sebagai pemain kedua paling mahal ditandatangani kelab Merseyside itu selepas  Virgil van Dijk yang berjaya memecahkan rekod tersebut pada musim ini.

Sebelum ini, rakan sepasukan Philippe Coutinho telah berhijrah ke La Liga bersama Barcelona. Pemain kelahiran Brazil berhijrah ke Camp Nou dalam yuran perjanjian € 160 juta semasa jendela pemindahan musim sejuk lalu.

Kenyataan dari Mohamed Salah ini sudah pastinya melegakan kem Liverpool tatkala beliau kini merupakan anatara tonggak penting dalam memacu kejayaan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN