Coutinho: “Saya Berpindah Ke Barcelona Dari Liverpool Untuk Menang Trofi”

Kenyataan ini pastinya menghancurkan hati ramai peminat Liverpool.

Sudahlah mereka sudah pun kecewa dengan usaha Philippe Coutinho yang mahukan perpindahan ke Barcelona itu pada beberapa siri perpindahan yang lalu, kini pemain tersebut terus menyakitkan hati peminat kelab itu.

Countiho dengan terbuka mengaku yang beliau sebenarnya berpindah ke Barcelona kerana mahu memenangi trofi bersama kelab itu.

“Semua orang tahu yang saya memang nak berpindah ke Barcelona.”

“Perpindahan ini sukar untuk dilaksanakan pada musim panas yang lalu, namun usaha keras yang dilakukan berjaya membuatkan perpindahan ini direalisasikan pada musim sejuk.”

BARCELONA, SPAIN – JANUARY 08: New Barcelona signing Philippe Coutinho is unveiled at Camp Nou on January 8, 2018 in Barcelona, Spain. The Brazilian player signed from Liverpool, has agreed a deal with the Catalan club until 2023 season. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Countiho menghabiskan 5 tahunnya bersama Liverpool tanpa memenangi sebarang trofi selepas berpindah dari Internazionale.

“Saya mahu memang kejuaraan di Barcelona, sebab itu saya mahukan sangat perpindahan ke kelab ini.”

“Tiada trofi sasaran yang saya sasarkan, saya cuma mahu menang mana-mana trofi.”

BARCELONA, SPAIN – JANUARY 25: Philippe Coutinho of FC Barcelona substitutes his teammate Andres Iniesta and makes his debut with FC Barcelona during the Spanish Copa del Rey Quarter Final Second Leg match between FC Barcelona and RCD Espanyol at Camp Nou stadium at Camp Nou on January 25, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Selain dengan prospek memenangi trofi bersama Barcelona, peluang beraksi bersama-sama 2 pemain handalan dunia turut membuatkan Coutinho mahu ke kelab tersebut.

2 pemain yang dimaksudkan adalah Lionel Messi dan Andres Iniesta.

“Bagi saya Lionel Messi dan Andres Iniesta itu adalah idola saya.”

“Messi meningkat sebagai seorang pemain dari hari ke hari. Sebagai rakan sepasukan, saya akan ambil kesempatan peluang ini bermain dengan beliau.”

“Iniesta merupakan seorang pemain yang genius. Sesiapa sahaja yang bermain dengan Iniesta pasti akan menjadi pemain yang lebih baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN