Phillip Lahm: Bayern Sudah Bebas Dari ‘Cengkaman’ Tiki-Taka Guardiola

Phillip Lahm

Legenda Bayern Munich, Phillip Lahm memuji falsafah baharu yang diterapkan pengendali pasukan, Hansi Flick dalam merintis kejayaan berganda buat skuad gergasi Jerman itu pada musim ini.

Flick yang pada mulanya bertindak selaku pengurus interim selepas Bayern Munich memecat Niko Kovac susulan kekalahan 1-5 di tangan Eintracht Frankfurt [2 November 2019] telah diberikan tugasan secara tetap berkuatkuasa 3 April lalu.

Bermula dengan tidaklah begitu baik selepas Bayern Munich mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan pada empat perlawanan awal, Flick kemudianya menikmati detik indah apabila membawa kelab tersebut memenangi 18 daripada 19 aksi terakhir liga.

Keadaan tersebut secara tidak langsung juga telah menobatkan skuad Bavaria itu selaku juara Bundesliga buat kali kelapan berturut-turut. Kecemerlangan itu diteruskan dalam kempen DFB Pokal dan yang terbaharu, Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sehubungan dengan itu, Lahm melihat kehadiran Flick di Allianz Arena telah mewujudkan dimensi baharu terhadap DNA pasukan dan sekaligus membebaskan Bayern Munich daripada ‘cengkaman’ amalan corak permainan Tiki Taka yang ditinggalkan pengurus terdahulu, Pep Guardiola.

”Dengan satu lagi kejayaan menjulang mahkota Liga Juara-Juara Eropah selepas tahun 2013, FC Bayern telah melaksanakan perubahan pada tahap yang tertinggi. Dengan berbuat demikian, mereka tetap setia dengan nilai-nilai mereka.”

”Perlawanan akhir [UCL 2019/20] menunjukkan bahawa falsafah baharu telah wujud dengan sendirinya dalam bola sepak tertinggi di Eropah.”

”Gaya itu jelas telah meninggalkan jauh daripada corak permainan yang disusun [Tiki-Taka], yang mana Pep Guardiola menjadikannya hampir sempurna.”

”Trend itu sekarang telah menjauh dari ‘Tiki-Taka’. Bola sepak kini didominasi oleh semangat, keghairahan dan fizikal yang kuat, sebagai contoh apa yang ditampilkan oleh Liverpool, Paris Saint-Germain dan FC Bayern,” ujar Lahm menurut laporan Goal.

Sebaik sahaja Juup Heynckes membawa Bayern Munich menjulang kejuaraan treble pada musim 201/13, Pep Guardiola telah dibawa masuk untuk menjadi pengurus kelab tersebut.

Selama tiga musim di Allianz Arena, Pep telah meletakkan asas yang cukup kuat dalam menjadikan Bayern Munich sebagai pasukan yang mengamalkan corak permainan Tiki-Taka. Phillip Lahm merupakan salah seorang sandaran utama buat Pep pada ketika itu.

Kredit featured image: Alexander Hassenstein/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN