Bermula Sebagai ‘Budak Bola’, Akhirnya Phillip Lahm Jadi Kebanggaan Jerman & Bayern Munich

Andai berbicara mengenai skuad kebangsaan Jerman dan Bayern Munich, nama Phillip Lahm pasti tidak akan terlepas daripada menjadi bahan bualan peminat bola sepak.

Merupakan pemain bek kanan (juga mampu beraksi di sebelah kiri) kental serta mempunyai sifat kepimpinan yang sangat menebal, Lahm turut dikenali kerana menjadi salah seorang pemain yang tidak pernah menerima kad merah sepanjang karier hebat beliau.

MUNICH, GERMANY – APRIL 26: Philipp Lahm of FC Bayern Muenchen runs with the ball during the DFB Cup semi final match between FC Bayern Muenchen and Borussia Dortmund at Allianz Arena on April 26, 2017 in Munich, Germany. (Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Menjadikan beliau antara pemain yang begitu berdisiplin dalam sejarah bola sepak dunia.

Legenda kelahiran Munich, Jerman ini merupakan peminat setia Bayern Munich sejak dari kecil.

Kecintaannya terhadap skuad Bavaria itu diterjemahkan dengan menjadi ‘budak bola’ di Olympiastadion yang ketika itu menjadi gelanggang rasmi buat Bayern Munich.

Sertai Akademi Bayern Munich

Ketika usianya mencecah 12 tahun, Lahm memilih untuk menyertai Akademi Bayern Munich dari kelab lamanya, FT Gern Munchen pada tahun 1995.

Penantian selama hampir enam tahun akhirnya berbaloi apabila Lahm diserapkan ke skuad Bayern Munich II.

Penampilan pertama beliau bersama skuad tersebut adalah ketika menentang FC Wacker pada Ogos 2001.

Dipinjamkan ke VfB Stuttgart

Phillip Lahm telah diturunkan buat pertama kali untuk skuad utama Bayern Munich pada perlawanan menentang Lens dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2002/03.

Beliau hanya dimasukkan pada minit ke-92 bagi menggantikan pemain sayap kanan, Markus Faulner. Itu merupakan penampilan tunggal Lahm bersama pasukan.

”Saya sentiasa mengingati perlawanan pertama saya menentang Lens, walaupun saya hanya bermain selama lima minit,” memetik kata-kata Lahm mengenai perlawanan sulungnya bersama Bayern Munich.

Penampilan pertama Phillip Lahm bersama skuad Jerman adalah ketika di bawah kendalian Rudi Voller. (Foto: Google)

Selepas itu, pengendali Bayern Munich, Ottmar Hitzfeld melepaskan Lahm ke VfB Stuttgart secara pinjaman selama dua tahun pada musim 2003/04 dan 2004/05.

Pemergian tersebut boleh dikatakan menjadi titik tolak permulaan karier hebat Lahm apabila beliau telah membuat 53 penampilan liga dalam dua musim tersebut.

Sumbangan berkesan bersama Stuttgart telah membuka mata pengurus Jerman ketika itu, Rudi Voller.

Voller membariskan Lahm sebagai pemain kesebelasan utama pada perlawanan Jerman menentang Croatia di gelanggang lawan sekaligus merupakan penampilan pertama beliau bersama skuad kebangsaan.

Beliau diletakkan di posisi pertahanan kiri pada perlawanan tersebut.

Cipta gemilang bersama kelab impian

Kecederaan yang dialaminya pada saat akhir beliau bersama Stuttgart memaksa Lahm terpaksa diketepikan selama enam minggu akibat kecederaan lutut.

Namun ia tidak sukar untuk Lahm kembali meyakinkan pengendali Bayern Munich yang baharu iaitu Felix Magath. Magath dan Lahm juga sebelum ini pernah bekerjasama ketika bersama Vfb Stuttgart.

Musim pertamanya selepas kembali ke Bayern Munich dilihat cukup bermakna selepas Lahm membantu kelab tersebut menjuarai saingan Bundesliga dan DFB Pokal 2005/06.

WOLFSBURG, GERMANY – APRIL 29: Philipp Lahm of Muenchen celebrates after the Bundesliga match between VfL Wolfsburg and Bayern Muenchen at Volkswagen Arena on April 29, 2017 in Wolfsburg, Germany. (Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Antara detik yang hebat dalam karier Phillip Lahm adalah pada musim 2012/13 setelah beliau berjaya mengemudi Bayern Munich memenangi kejuaraan ‘treble’ iaitu Liga Juara-Juara Eropah, Bundesliga dan DFB Pokal.

Sepanjang bersama Bayern Munich sehingga musim 2016/17, Lahm telah berjaya membantu kelab tersebut menjulang satu trofi Liga Juara-Juara Eropah, lapan kejuaraan Bundesliga dan enam DFB Pokal.

Lahm yang beraksi lebih daripada 500 aksi bersama Bayern akhirnya mengumumkan persaraan dari kancah bola sepak pada musim 2016/17.

Tonggak zaman kegemilangan Jerman

Phillip Lahm telah membuat 113 penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman serta mencipta lima jaringan dan 17 bantuan gol.

Jaringan menarik dihasilkannya pada perlawanan pembukaan saingan Piala Dunia 2006 di tanah air sendiri pasti menjadi antara detik yang tidak dilupakan penyokong setia Die Mannschaft.

Lahm telah menggalas tanggungjawab skuad kebangsaan Jerman dalam kempen Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014 sementara itu beliau beraksi dalam tiga Kejuaraan Eropah pada 2004, 2008 dan 2012.

Pada ketika itu, selain daripada kempen Eropah 2004 (gagal melepasi peringkat kumpulan), Jerman pasti menjadi antara pasukan pilihan dan sentiasa akan sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – JULY 13: Philipp Lahm of Germany lifts the World Cup trophy with teammates after defeating Argentina 1-0 in extra time as FIFA President Joseph S. Blatter and German Chancellor Angela Merkel look on during the 2014 FIFA World Cup Brazil Final match between Germany and Argentina at Maracana on July 13, 2014 in Rio de Janeiro, Brazil. (Photo by Martin Rose/Getty Images)

Ia dibuktikan apabila mereka menjuarai saingan Piala Dunia 2010 serta mendapat tempat ketiga pada aksi Piala Dunia 2006 dan 2010.

Dalam saingan Kejuaraan Eropah pula, Jerman layak ke perlawanan akhir edisi 2008 (tewas 0-1 ditangan Sepanyol) dan tewas di peringkat separuh akhir bertemu Itali pada 2012.

Sebaik sahaja membantu Jerman (selaku ketua pasukan) menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil, Lahm yang kini berusia 35 tahun telah mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Dapat pujian

Karier hebat yang dikecapi beliau semestinya akan mendapat pujian banyak pihak dan tidak terkecuali buat dua individu penting buat Lahm iaitu Pep Guardiola dan Joachim Low.

”Salah satu sebab kejayaan saya di Bayern (Munich) adalah kerana hubungan dengan Phillip Lahm. Dia banyak membantu saya sejak dari mula.”

”Dia sentiasa mempamerkan aksi cukup baik. Saya tidak pernah melihatkan mempamerkan persembahan yang buruk. Dia sentiasa menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup saya dan dia adalah legenda mutlak.”

”Phillip Lahm adalah pemain paling pintar yang saya pernah kendalikan,” Guardiola menghamburkan kata pujian buat Lahm.

Low pula memuji sifat profesional dan aksi konsisten yang ditampilkan Lahm sepanjang kariernya.

”Phillip adalah seorang profesional yang sempurna dimana akan memberikan segala-galanya untuk mencipta kejayaan. Dia sentiasa menjadi orang penting buat saya untuk membincangkan idea-idea.”

”Untuk lebih 10 tahun, Phillip Lahm menunjukkan aksi konsisten, kebolehpercayaan dan meletakkan tahap tinggi untu skuad kebangsaan. Dia merupakan seorang pemimpin semulajadi.”

Aura yang dimiliki Lahm membuatkan beliau terpilih menjadi duta buat Jerman dalam usaha melobi sebagai tuan rumah Kejuaraan Eropah 2024.

FRANKFURT AM MAIN, GERMANY – DECEMBER 08: Former German national player Philipp Lahm is unveiled as ambassador of the German UEFA EURO 2024 campaign by DFB President Reinhard Grindel (L) and DFB General Secretary Dr. Friedrich Curtius (R) during the Extraordinary DFB Bundestag at Messe Frankfurt on December 8, 2017 in Frankfurt am Main, Germany. (Photo by Simon Hofmann/Bongarts/Getty Images)

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN