Quantcast

BERITA

Bekas Pengurus Liga Super Perak, Ustaz Norazli Musa Meninggal Dunia Di Madinah

Ustaz Norazli Musa, mantan pengurus skuad bola sepak Perak telah meninggal awal pagi ini. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Madinah al Munawwarah.

Innalillah wa inna ilaihi rajiuuun.Abi, Norazli B Musa meninggal malam tadi jam 12 lebih di Madinah AlMunawwarah.Mohon doa dari semua semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.

Posted by Ahmad Syakir Norazli on Monday, March 11, 2019

Menurut sumber, beliau berada di sana bagi menghadiri sesi konvokesyen salah seorang anaknya di Universiti Madinah. Salah seorang anaknya memuatkan berita pemergian beliau pada pagi ini.

Dikenali

Almarhum pernah menjadi imam solat berjemaah kepada skuad bola sepak Perak FA. Jabatan Amal Perak.

Bagi penyokong Perak, Ustaz Norazli dikenali kerana imej berserban dan berjanggut. Beliau diberikan tanggungjawab dan amanah sebagai pengurus skuad Seladang itu pada musim 2010

Allahyarham kerap kali dilihat menjadi imam bagi solat berjemaah untuk skuad Perak. Beliau juga pernah memberikan tazkirah ringkas kepada para pemain sebagai motivasi dan pembakar semangat mereka.

Pada waktu itu, Persatuan Bola Sepak Perak diketuai oleh Menteri Besar Perak ketika itu iaitu Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin.

Menurut Astro Awani, Allahyarham kerap bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk misi kemanusiaan semasa hayatnya. Antara misi kemanusiaan yang pernah disertainya di Syria.

Arena politik

Almarhum pernah menjawat pelbagai jawatan dalam parti disertainya. Malah, semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, beliau telah diletakkan sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Parlimen Tapah, Perak.

Kelompok pertubuhan bukan kerajaan Islam di negara ini tidak putus-putus mengucapkan takziah. Begitu juga dengan rakan-rakan daripada parti politiknya.

Warga Semuanya Bola mengucapkan takziah kepada keluarga serta sahabat handai Almarhum Ustaz Norazli Musa. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!