Phil Jones: “Saya Dah Cuba Segalanya Tapi Tak Menjadi”

Phil Jones

Selepas lebih 10 tahun bersama-sama Manchester United, pemain pertahanan iaitu Phil Jones memilih untuk meninggalkan kelab.

Sedar atau pun tidak, Jones masih lagi merupakan pemain rasmi United walaupun kelibatnya di padang sudah tidak lagi dilihat sekerap waktu permulaan beliau di kelab tersebut.

Kini, sudah tiba masanya untuk pemain ini meninggalkan pasukan dan memulakan hidup baharu bersama pasukan lain.

Mengutuskan surat terbuka buat penyokong-penyokong United, Jones yang sinonim dengan masalah kecederaan mengakui dirinya malu untuk berdepan dengan rakan sepasukannya kerana berasakan dirinya tak ubah seperti beban kepada kelab.

“Saya rasa sukar untuk bercakap dengan rakan sepasukan, ianya menyakitkan kerana saya tidak berjaya untuk membantu mereka.

“Saya terluka kerana keluarga saya tidak mampu untuk tonton saya beraksi ketika hari perlawanan, sepertinya saya sering mengecewakan ramai pihak,” kata Jones.

Jones mengakui yang detik sukar beliau di United adalah sebahagian daripada perjalanan sebagai seorang pemain bola sepak.

“Ada masanya dalam hidup, ada perkara yang berlaku yang kita tidak suka, tetapi kita perlu belajar untuk menerima takdir selepas kita melakukan segalanya untuk mengatasi cabaran.

“Saya harap yang saya dapat bermain dengan lebih kerap. Saya berharap yang saya dapat menyumbang lebih banyak kepada skuad. Jauh di sudut hati, saya dah buat semua yang pihak perubatan minta saya buat,” ujar Jones.

Walaupun berasa duka, tetapi Jones tidak mahu anggap perpisahannya dengan United satu perkara menyedihkan. Sebaliknya, beliau mahu terus gembira mengenang masanya di Old Trafford.

“Ini bukannya masa untuk bersedih, masa untuk kenang semula untuk saya dan keluarga dan gembira kerana berjaya menghidupkan impian di United.

“Saya sentiasa boleh katakan kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak semua boleh bermain untuk kelab ini, untuk sentiasa dalam sejarah dan boleh kenang semula sebagai kenangan indah,” tulis Jones.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN