Rekod Bersih Di Final Kejohanan Eropah Bukti Mourinho Sememangnya ‘Special One’

Nama Jose Mourinho cukup dikenali dengan gelaran ‘ The Special One’ dalam kalangan peminat bola sepak dunia kerana kejayaan demi kejayaan yang berjaya dilakarkan oleh dirinya dengan cara tersendiri.

Gelaran itu diberi kerana kemampuan beliau membimbing sesebuah pasukan sehingga muncul juara di liga domestik mahupun peringkat Eropah.

Biarpun kadang-kala suka menimbulkan kontroversi bersama media mahupun peminat atau kelab yang dibimbingnya namun itu sebahagian perjalanan kariernya yang memeriahkan lagi industri bola sepak.

Di samping itu, salah satu fakta menarik berkenaan jurulatih kelahiran Portugal ini adalah setiap kali berjaya melangkah ke pentas akhir, kejuaraan hampir pasti menjadi miliknya.

Takdir dan tuah seakan-akan memihak kepada jurulatih berusia 60 tahun ini.

Rekod sebelum ini telah membuktikan beliau sememangnya lebih baik daripada jurulatih lain. Tidak memerlukan ramai pemain hebat tapi cukup bijak menggunakan kelebihan pemain yang ada.

Selain itu, Mourinho cukup dikenali dengan taktikal bertahan dan serangan balas namun siapa sangka ia menjadi kunci kejayaan buat beliau serta pasukannya memerangkap lawan ketika sedang bertempur.

Maka disebabkan itu, taktikal park the bus ini masih relevan sehingga kini biarpun ia sedikit membosankan tetapi jika itu boleh mendatangkan kejayaan, kenapa perlu ubah gaya permainan.

Kebanyakkan pasukan yang dibimbing oleh Mourinho, paling kurang satu piala pasti akan dimenangi sebagai hadiah kepada penyokong kelab.

Cuma ketika bersama Tottenham Hotspur sahaja menjadi detik hitam dalam kariernya apabila gagal memberi sesuatu kepada pasukan tersebut.

Jika kita melihat rekod Mourinho, boleh dikatakan beliau antara jurulatih terbaik di dunia kerana berjaya meraih kejuaraan meskipun dengan pemain yang kurang ternama.

Menang piala di peringkat liga domestik itu normal namun bila muncul juara di peringkat Eropah dengan barisan pemain kurang ternama ia adalah sesuatu luar biasa.

Di Eropah kita ada tiga kejohanan utama ketika ini iaitu UEFA Champions League (UCL), Europa League (UEL) dan Europa Conference League.

Selain itu, Satu lagi perkara menarik mungkin ramai tidak tahu, dari ketiga-tiga kejohanan tersebut Mourinho telah mendakap kesemua piala.

Jarang dan sukar untuk jurulatih lain melakukannya seperti mana beliau kecapai ketika ini.

Yang terbaharu adalah berjaya tampil di pentas akhir  dua tahun berturut-turut bersama As Roma di kejohanan yang berbeza.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN