PFAM Kecewa Dengan Sikap Tidak Professional Dalam Penamatan Kontrak Pemain

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail menyelar sikap segelintir persatuan dan kelab bola sepak yang tidak profesional dalam menamatkan kontrak pemain tanpa surat rasmi.

Beliau berkata kepada Berita Harian, semua pihak termasuk pemain perlu sedar mengenai tanggungjawab dalam kontrak dan memahami peraturan serta undang-undang bagi memastikan perkara sedemikian tidak berlaku.

“Apa yang berlaku jelas situasi yang mengecewakan kerana mengikut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), tidak ada seorang pemain yang boleh ditamatkan kontrak secara tidak adil.

“Ia perlu melalui proses tertentu untuk menilai kerjaya seorang pemain dan pengurusan tidak boleh mengambil tindakan begitu sahaja untuk menamatkan kontrak.

“Jadi, kami mengharapkan pemain boleh merujuk PFAM supaya kami boleh meneliti kes terbabit dan berusaha menyelesaikannya dengan saluran yang betul,” katanya.

Dalam beberapa minggu ini, kita banyak mendengar berita pengguguran pemain oleh pasukan Kelantan.

Sebelum ini nama seperti Bruno Lopes, Ferdinand Sinaga, Norfarhan Muhammad, Rozaimi Azwar, Faizol Nazlin Sayuti, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman, Tengku Qayyum Ubaidillah dan Hattaphon Bun An, kesemuanya digugurkan atas alasan KAFA mahu merombak semula skuad.

Terbaru, nama S. Veenod turut diumumkan telah digugurkan daripada skuad. Meskipun dalam komen laman facebook Bibi Ramjani, beliau menegaskan Veenod bukan digugurkan kerana dia sudah diberitahu awal akan hal itu. KAFA mengarahkan Veenod untuk mencari pasukan baru.

S. Veenod mengakui beliau terkejut masih belum menerima surat daripada KAFA berhubung dengan hal itu dan menegaskan beliau tidak teragak-agak mengheret KAFA ke muka pengadilan jika pengguguran itu dilakukan secara tak profesional.

Mengulas mengenai isu penamatan kontrak S Veenod, Izham menjelaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pemain terbabit dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi membincangkan isu berkenaan.

“Buat masa ini, tiada surat tamat kontrak rasmi yang dikeluarkan. Jadi, kami perlu menunggu pengurusan KAFA untuk berjumpa dengan pemain dalam masa terdekat.

“Apapun, pemain terbabit juga sudah menghubungi kami dan kami sedang meneliti kes terbabit,” katanya.

Veenod juga memberitahu beliau kecewa dengan jurulatih baru, Fajr Ibrahim yang tidak membenarkan beliau menyertai latihan skuad Kelantan. Veenod diarahkan pulang oleh Fajr ketika mahu menjalani latihan petang kelmarin.

“Saya tidak dibenarkan berlatih bersama kerana jurulatih memberitahu saya sudah tidak ada dalam pasukan. Beliau kata saya tidak ada dalam perancangannya.”

“Beliau juga menyampaikan pesanan Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) yang meminta saya mencari pasukan lain apabila jendela perpindahan dibuka kelak. Jadi, saya hanya duduk di tepi padang memerhati mereka berlatih.”

“Tapi, selagi KAFA tidak mengeluarkan surat, saya akan terus turun ke padang latihan seperti biasa kerana secara rasminya saya masih pemain Kelantan.” kata Veenod.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN