Rombakan Liga Rusia Demi Mengikuti Majoriti Liga Utama Eropah

Liga Russia

Liga Rusia dipercayai antara liga yang kompetitif di Eropah. Malah, boleh dikatakan mereka antara liga yang terkemuka untuk kawasan Eropah Timur.

Kurang 10 tahun lalu, mereka mencuri tumpuan kerana wakil mereka menjuarai UEFA Cup.

Zenit St. Petersburg menjulang UEFA Cup pada 2008 setelah menewaskan Glasgow Rangers. Kemudian menjelang 2010, UEFA mengambil keputusan menukarkan nama kejohanan tersebut kepada Europa League.

Ubah

Mungkin anda pertama kali ketahui bahawa sebenarnya perjalanan asal Liga Perdana Rusia ialah pada Mac hingga November. Begitu juga dengan liga bawahan.

Tidak banyak liga Eropah yang menggunakan format Mac hingga November.

Tetapi, Russian Football Union (RFU) mengambil keputusan untuk beralih arah. Mereka ingin menuruti majoriti perjalanan liga utama Eropah.

Kebanyakan liga Eropah menggunakan kalendar Ogos hingga Mei dalam satu kitaran musim domestik. Antaranya liga Inggeris, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Itali.

Bagaimana musim transisi?

Antara aksi dalam perlawanan Liga Perdana Rusia. Sumber: Zimbio.

Musim 2010 menyaksikan Liga Perdana Rusia yang terakhir menggunakan format Mac hingga November. 16 pasukan bertanding dengan mengharungi 30 perlawanan.

Zenit St. Petersburg menjadi juara pada musim tersebut.

Musim 2011-12 telah digunakan sebagai musim transisi. Musim itu bermula dari Mac 2011 dan berakhir pada Mei 2012.

Panjang bukan?

Bilangan pasukan masih kekal kepada 16 pasukan. Namun bilangan perlawanan bertambah bagi mengharungi musim transisi tersebut.

Setiap pasukan akan menghadapi 30 perlawanan seperti musim sebelumnya. Cuma setelah 30 perlawanan berakhir, liga dipecahkan kepada dua kumpulan besar.

8 pasukan tangga teratas bermain dalam ‘Championship group’. Begitu juga dengan 8 pasukan terbawah beraksi pula dalam ‘Relegation group’.

Setiap pasukan pula akan beraksi tambahan 14 perlawanan, 7 di laman sendiri dan 7 di laman lawan.

Membuahkan hasil

Musim 2011-12 itu menyaksikan trofi liga kekal di Zenit St Petersburg. Namun eksperimen mereka dipuji kerana membuahkan hasil.

Maka pada musim 2012-13 bermulalah episod baharu dalam bola sepak Rusia. Liga Perdana Rusia 2012-13 bermula pada Julai dan berakhir pada Mei 2013. Dan setiap pasukan menghadapi 30 perlawanan semusim.

Namun, ia tidak ketinggalan menerima kritikan. Ini kerana Rusia negara yang beriklim sejuk. Malah, suhu di negara mereka jatuh mendadak ketika musim sejuk hemisfera utara.

Salji turun di sekitar Rusia. Sumber: Futbolgrad.

Ada desakan timbul untuk membuat pusingan U, iaitu kembalikan kalendar kepada Mac hingga November. Walhal, Liga Perdana Rusia telah pun mewujudkan ‘winter break.’

Malah, UEFA sering memberikan sokongan dengan tidak mengadakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan UEFA Champions League dan UEFA Europa League di Rusia. Ini kerana kebiasaannya, perlawanan itu akan berlangsung pada November dan Disember. Ya, suhu di Rusia sangatlah sejuk!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN