Piala AFC 2018: Persija Jakarta Mahu Manfaatkan Kelebihan Di Halaman Sendiri

Kapten Persija Jakarta, Ismed Sofyan melahirkan keyakinan tinggi terhadapa peluang pasukannya untuk memunggut 3 mata penuh di halaman sendiri apabila dijadualkan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Gelora Bung Karno dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFC hari ini.

Beliau yakin dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Jakmania yang dijangka akan memenuhi Stadium malam ini akan memberi kelebihan kepada pasukannya.

“JDT pasukan yang cukup berpengalaman di Piala AFC, hampir tiap tahun mereka bermain di Piala AFC. Tapi mereka juga harus berfikir bahawa mereka sebenarnya bermain di Gelora Bung Karno dan ada Jakmania,” ujar Ismed.

Sesi latihan skuad Persija Jakarta di Gelora Bung Karno. FOTO: PERSIJA JAKARTA

Ismed mengesa rakan sepasukannya agar fokus dan sentiasa mengikut arahan jurulatih kerana kemenangan ke atas JDT akan mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala AFC 2018.

“Sebagai pemain, perlawanan ini merupakan perlawanan yang amat penting dalam kerjaya bola sepak. Kerana kemenangan akan menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan yang seterusnya. Jadi, siapa sahaja yang diturunkan pada perlawanan itu perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal,” jelasnya.

Persija Jakarta baru sahaja tewas 1-3 kepada PSMS Medan dalam saingan Liga Indonesia beberapa hari lepas. Namun, Ismed menyifatkan saingan di peringkat Liga dan AFC tidak sama serta tidak akan memberi kesan pada pasukannya.

“Perlawanan menentang PSMS tidak ada efeknya. Karena kompetisi lokal (Liga 1) dan AFC Cup jelas berbeda. Kita sudah evaluasi dan fokus untuk lawan JDT,” katanya.

Pada pusingan pertama, skuad Harimau Selatan menewaskan skuad kendalian Stefano Cugurra 3-0 hasil jaringan daripada Ahmad Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid pada pertembungan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Februari lalu.

Ketika ini, JDT berkongsi mata yang sama dengan pendahulu peringkat kumpulan H, Song Lam Nghe An FC dan juga Persija Jakarta meskipun pada masa ini JDT di kedudukan ketiga.

Pastinya saingan sengit bakal disajikan oleh setiap pasukan untuk layak ke peringkat akan datang serta sudah tentu hanya kemenangan menjadi matlamat utama pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN