Petr Cech Lebih Cekap Daripada Kepa Semasa Sesi Latihan

Petr Cech Kepa Arrizabalaga

Bekas penjaga gol Chelsea, Mark Schwarzer mendakwa legenda Chelsea Petr Cech beraksi lebih baik daripada dua penjaga gol Kepa Arrizabalaga dan Willy Caballero semasa sesi latihan.

Seperti yang diketuhui, Cech sebagai jurulatih penjaga gol Chelsea telah disenaraikan sebagai penjaga gol sandaran buat The Blues sebelum kedatangan Edouard Mendy baru-baru ini.

Prestasi Kepa di Chelsea terus menjadi pertikaian selepas melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge pada dua tahun lalu sebagai penjaga gol termahal dunia dan tidak lagi dipercayai untuk menjadi pilihan utama di bawah kendalian Frank Lampard.

Malah beliau juga telah kehilangan tempat kepada penjaga gol veteren Willy Caballero. Namun kehadiran Mendy nampaknya telah membawa rahmat yang besar buat pasukan berkenaan selepas berjaya merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos setakat ini.

Cech dipercayai merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengatur pembelian Mendy daripada Rennes di mana beliau juga telah membuat langkah yang sama pada tahun 2004 yang lalu.

Menurut Scwarzer, Cech perlu menampilkan aksi terbaiknya ketika sesi latihan Chelsea untuk ‘mencabar’ Kepa dan Caballero sehinggakan prestasinya dilihat jauh lebih baik daripada dua penjaga gol tersebut.

“Pada saya, sebelum Mendy tiba, dia lebih baik daripada dua penjaga gol Chelsea itu,” ujar Schwarzer ketika ditemubual oleh Optus Sports menerusi panggilan video.

Bekas penjaga gol Australia itu turut mendedahkan perbualannya dengan Cech yang mengatakan beliau rasa fizikalnya telah bertambah baik terutamanya dalam beberapa tahun ini.

“Dia mendakwa yang badannya kini bertambah baik dan mengatakan jika dia tahu dengan berehat dia boleh kembali mendapatkan tahap kecergasannya, dia hanya perlu berehat selama enam bulan dan tidak perlu bersara.

“Dia percaya yang dia cukup cergas dan cukup bagus untuk kembali bermain di Liga Perdana Inggeris.”

Sebelum mengakhiri kariernya di Arsenal, bekas penjaga gol Republik Czech itu telah dilanda beberapa siri kecederaan termasuk di bahagian buku lali dan pehanya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Petr Cech dan Chelsea:

Petr Cech Masih Belum 100% Bersara Rupanya

EPL: United, Chelsea Terikat Tanpa Gol, Debut Cavani Dibayangi Aksi Hebat Mendy

Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN