Calon Presiden Baharu Mahu Satukan Kembali Messi & Guardiola Di Barcelona

Pep Guardiola Lionel Messi Barcelona

Pilihan utama calon Presiden baharu Barcelona, Victor Font yakin bintang utama Lional Messi akan kekal sekiranya Pep Guardiola kembali ke kelab Catalan tersebut.

Josep Maria Bartomeu telah meletakkan jawatan pada awal minggu ini bersama barisan lembaga pengurusan kelab yang lain sebelum berlakunya undi tidak percaya yang dijadualkan pada bulan depan.

Bartomeu diasak untuk berundur selepas kelab tersebut berdepan dengan masalah kewangan dan prestasi pasukan yang merudum terutamanya selepas kekalahan memalukan 8-2 kepada Bayern Munich di peringkat suku akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

Dalam satu temubual bersama Sky Sports, Font menyatakan hasrat utamanya apabila menjadi individu nombor satu di Barcelona adalah mengembalikan kegemilangan gergasi La Liga itu seperti yang pernah diraih sebelum ini terutamanya ketika era Pep Guardiola.

“Untuk menggatikan genersai terbaik dalam dunia bola sepak terutamanya apa yang kita lihat dalam dekad terakhir ini merupakan satu cabaran besar,” ujar Font.

“Apatah lagi pertandingan menjadi semakin sengit dan banyak kelab di Eropah kini dimiliki oleh pemilik yang mempunyai dana yang besar.

“Barcelona juga perlukan pelaburan yang signifikan untuk membina semula stadium, namun kita semua tahun di seluruh dunia ketika ini berlaku krisis yang paling teruk disebabkan coronavirus. Jadi jelas, kami perlukan perancangan yang baik untuk menghadapi cabaran ini.

Font kemudiannya faham dengan kehendak penyokong yang mahu Barcelona kembali menyerlah seperti mana era Guardiola, Xavi, Iniesta dan Puyol yang dianggap sebagai legenda.

Beliau yakin dengan kembalinya Guardiola ke Barcelona, Messi akan terus kekal dan sekaligus kelab tersebut akan kembali mencipta kegemilangan.

Guardiola telah meninggalkan Barcelona pada 2012 untuk menyertai Bayern Munich dan kini bersama Manchester City di mana kontraknya akan tamat pada musim panas tahun depan.

Ketika di Nou Camp, pengurus warga Sepanyol berusia 49 tahun itu telah merekodkan 179 kemenangan daripada 247 perlawanan di bawah kendaliannya dan menjuarai 14 trofi kejuaraan termasuk tiga trofi La Liga dan dua piala UCL.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Ferdinand Puji Aksi Seorang Pemain United Yang Sekolahkan Upamecano

Satu Pelan Pioli Buat Ibrahimovic Selepas Jaringkan 6 Gol Dalam 3 Perlawanan Liga

Pickford Pasang ‘Bodyguard’ Selepas Terima Ancaman Bunuh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN