Gagal Jaring Sebarang Gol, Persib Bandung Tamatkan Kontrak Carlton Cole

Di awal musim, nama Carlton Cole merupakan antara nama-nama besar yang hadir ke Liga Indonesia.

Beliau hadir bersama-sama Michael Essien, Peter Odemwingie serta Shane Smeltz mewarnai kancah bola sepak negara tersebut.

Akan tetapi, ada seorang nampaknya sudah ‘angkat kaki’.

Cole telah ditamatkan kontrak oleh kelabnya iaitu Persib Bandung selepas beliau atas alasan yang paling tipikal oleh kelab Asia Tenggara jika pemain import mereka gagal menjaringkan gol.

Alasannya adalah kerana Cole gagal menjaringkan sebarang gol untuk Persib Bandung!

Persib Bandung ketika ini sedang mengalami musim yang tidak begitu baik apabila hanya menduduki tangga ke-14 daripada 18 pasukan yang bertanding di liga utama Indonesia.

Bagi Cole, beliau terkejut lagi terkesima dengan keputusan yang diambil oleh kelab tersebut yang menamatkan kontraknya.

Hal ini kerana, beliau merasakan pengurus pasukan yang menjadi punca segala-galanya.

Cole mengatakan pengurus Persib iaitu Umuh Muchtar mahu membawa pemain beliau sendiri demi mendapatkan komisen.

“Saya cergas sepenuhnya tetapi pengurus tak nak mainkan saya.”

“Pengurus nak bawa pemain yang beliau mahukan supaya beliau dapatkan komisen. Itu yang terjadi di belakang tabir.”

Cole hanya bermain 2 perlawanan daripada 16 perlawanan musim ini dan menurut Muchtar, Cole merupakan antara pemain import paling teruk yang beraksi untuk Persib musim ini.

“Beliau main amat teruk berbanding pemain import kami yang lain. Prestasi beliau cukup tidak memuaskan hati.”

Kerana di Indonesia tiadanya liga simpanan, agak sukar untuk Cole untuk mengekalkan kecergasannya.

“Di sini tiada liga simpanan, jadi saya dan Michael Essien terpaksa berhempas pulas untuk kekalkan kecergasan kami.”

Sumber:

  1. Mirror (2017): Former Premier League star Carlton Cole “flabbergasted” by claims of sacking from his Indonesian club; http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/former-west-ham-chelsea-striker-10910540

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN