Menyertai Arsenal Diibaratkan Memasuki Dunia Baharu Buat Alexandre Lacazette

Alexandre Lacazette berpendapat dirinya bagaikan memasuki ‘dunia baharu’ sejak menyertai Arsenal, dan kini sedang di dalam proses menyesuaikan diri untuk membalas kepercayaan Arsene Wenger dan kelab.

Lacazette berkata demikian selepas menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Emirates, apabila Arsenal ditewaskan oleh Sevilla 2-1 dalam saingan Emirates Cup.

Secara keseluruhan, Lacazette telah menjaringkan 2 gol dalam 6 perlawanan pra musim membabitkan Arsenal walaupun memberitahu wartawan bahawa beliau masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Gambar: Arsenal

“Ia adalah berbeza sekali ketika saya bersama Lyon. Kini terpulang kepada diri saya untuk menyesuaikan diri secepat mungkin di Arsenal dan membalas kepercayaan yang telah diberi oleh kelab,” ujar Lacazette.

“Saya berpendapat ia seperti saya telah memasuki dunia baharu. Ia adalah persekitaran baharu termasuk di kalangan pemain, staff teknikal, bola sepak yang kami peragakan di Arsenal, dan secara keseluruhan ia adalah pengalaman yang berbeza.”

“Kerana itulah saya memilih untuk ke sini dan saya perlu menyesuaikan diri secepat yang mungkin,” ujar Lacazette.

Di Lyon, Alexandre Lacazette adalah seorang penyerang prolifik,menjaringkan lebih daripada 20 gol di 3 musim terakhirnya di Perancis.

Penyokong Arsenal pasti turut mengharapkan perkara yang sama dari Lacazette di Emirates walaupun sedar Liga Perdana Inggeris (EPL) menjanjikan saingan yang berbeza berbanding Ligue 1

“EPL adalah liga yang sangat kompetitif dengan 20 pasukan bertanding. Saya tidak fikir ada lagi istilah kelab kecil di sini. Semua perlawanan adalah sukar dan saya sudah tidak sbar untuk memulakan cabaran baharu,” jelas Lacazeete mengenai saingan yang menanti.

“Saya telah melakukan segalanya di Perancis. Saya gembira kerana telah mencapai kejayaan bersama Lyon dan kini terpulang kepada diri saya untuk menulis kisah baharu bersama Arsenal.”

Lacazette merupakan pemain termahal yang pernah dibawa masuk oleh Arsenal selepas berpindah ke kelab London itu dengan nilai £52 juta pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tekanan pasti akan dirasai oleh Lacazette dari awal nmusim, dengan sandaran untuk mencetak seberapa banyakn gol untuk Arsenal yang mengakhiri saingan EPL di tangga ke-5 pada musim lalu.

(Photo by Kieran Galvin/NurPhoto via Getty Images)

Bagaimanapun Arsene Wenger berpendapat Alexandre Lacazette memerlukan lebih masa untuk menunjukkan potensi sebenar beliau di kelab baharunya itu.

“Ia sangat sukar. Kadang kala ia mengambil tempoh beberapa bulan, dan ada pemain yang mampu menyesuaikan diri dalam tempoh yang singkat,” ujar Wenger.

“Saya berpendapat Lacazette akan mampu menyesuaikan diri dalam minggu-minggu yang mendatang. Secara keseluruhan, ia akan mengambil tempoh dalam sebulan dua untuk beliau mengadaptasikan diri,” jelas Wenger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN