Jerman sekali lagi menunjukkan kerapuhan mereka, apabila melepaskan 2 gol pendahuluan dan diikat pasukan pelawat, Argentina.
Dalam aksi yang berlangsung di Dortmund semalam, Joachim Low buat pertama kalinya tidak menurunkan sebarang pemain yang pernah menang Piala Dunia pada 2014, dalam kesebelasan utama beliau.
Low menurunkan beberapa nama baharu seperti Robin Koch dan Luca Waldschmidt. Walaupun para pemain ini kurang pengalaman, namun mereka telah memberikan aksi yang bersemangat, kerana mahu membuktikan sesuatu kepada Low.
Pada separuh masa pertama, Jerman mendahului Argentina dengan 2 gol.
Gol pertama adalah menerusi Serge Gnabry, yang meneruskan aksi prolific beliau minggu ini selepas menjaringkan 4 gol menentang Spurs. Gnabry menjaringkan gol pada minit ke-16.
Serge Gnabry goal Germany vs Argentina
1-0
He's in top form💫💫💫🗣#GERARG https://t.co/mdUFrOW8qE— Clintmeks (@meksclint) October 9, 2019
Itu merupakan gol antarabangsa ke-10 daripada 11 penampilan beliau setakat ini.
Selang 11 minit kemudian, giliran pemain muda yang semakin meningkat naik, Kai Havertz menambah 1 lagi gol untuk Jerman. Gnabry sekali lagi terlibat dalam gol ini dengan mencipta bantuan gol.
Marcel Halstenberg kemudiannya hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik. Namun palang gol menjadi penghalang.
Argentina beraksi tanpa Lionel Messi yang digantung. Mereka juga tidak dapat menggunakan khidmat Angel Di Maria dan Aguero pada perlawanan ini.
Namun pada separuh masa kedua, Argentina mencipta kebangkitan yang cemerlang. Lucas Alario, masuk sebagai pemain gantian, jelas sekali memberikan impak yang sangat baik dengan kepantasan yang ada pada beliau.
Alario merapatkan jurang gol pada minit ke-66. Alario menerima hantaran lintang oleh Acuna dan melakukan tandukan kilas.
Ketika perlawanan berbaki 5 minit lagi, Argentina menyamakan kedudukan menerusi gol lewat oleh Lucas Ocampos.
Alario sekali lagi cemerlang, apabila larian pantas dan lincah beliau membolehkan beliau menewaskan pertahanan dan mengumpan cantik kepada Ocampos.
Ocampos scored late to bring Germany vs Argentina to a 2-2 draw #GERARG https://t.co/A3exJXaIgQ
— Cpt. Kibet (@CaptKibet_) October 9, 2019
Tamat perlawanan, Jerman 2 Argentina 2.