Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

3 Perkara Yang Kami Jangkakan Daripada Corak Permainan Vietnam

1. Formasi

Park Hang Seo menggemari sistem bek bertiga ataupun rantaian berlima (chain of 5). Maknanya, ketika fasa menyerang mereka akan membentuk bek bertiga. Dan bila bertahan 2 pemain bek sayap akan membentuk bek berlima.

3 perlawanan terakhir mereka menggunakan sistem ini. Ketika menentang Jepun, Vietnam menggunakan formasi 5-4-1/3-4-3. Ketika berhadapan dengan Thailand (rujuk gambar), mereka menggunakan sistem 5-3-2/3-5-2.

Dan ketika berhadapan dengan Jordan mereka turut menggunakan sistem 5-4-1/3-4-3.

2. Permainan di sayap

Ini merupakan kegemaran utama Park Hang Seo. Beliau tak gemarkan pertarungan di tengah terlalu lama. Kerana beliau memiliki bek sayap dan pemain serangan yang boleh membentuk situasi seperti 3 vs 2 ataupun 3 vs 3 di bahagian sayap.

Jadi, Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan permainan kombinasi di sayap yang disokong oleh pemain tengah.

3. Corak pressing

Secara asasnya, Vietnam bukan pasukan yang gemarkan high pressing. Mereka lebih kepada pasukan yang rigid dan akan turun ke bawah secara unit dengan segera.

Apabila rantaian pertahanan berlima dicipta, akan ada salah seorang pemain pertahanan yang agresif untuk memburu bola dan cuba mengelakkan pasukan lawan menguasai zon 14.

Ini contoh daripada pendekatan skuad B-23 Vietnam di bawah kendalian Park Hang Seo.

Seterusnya, mereka akan sangat sabar dan berdisiplin untuk tidak terlalu agresif dan terburu-buru cuba memenangi bola. Ini kerana aspek penguasaan bola bukan penekanan utama mereka.

Sebelum wisel

Pastinya Vietnam bukan lawan yang mudah kerana mereka pasukan yang bergantung kepada disiplin. Namun jika Malaysia dapat mengganggu disiplin mereka secara berpasukan, Malaysia akan memiliki ruang untuk dimanipulasi.

Park Hang Seo seorang jurulatih yang pentingkan perlaksanaan secara berpasukan, sama ada ketika menyerang ataupun bertahan.

Malaysia juga harus waspada dengan corak hantaran diagonal. Kerana Tan Cheng Hoe gemarkan sistem pertahanan garisan tinggi.

Selamat maju jaya Harimau Malaya.