Pernah Dedah Pemilik Chelsea Penyumbang Utama Dana Israel, Pejabat Media Di Gaza Dibom Israel

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Konflik terbaru Israel-Palestin yang kembali tercetus pada penghujung Ramadan lalu kini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 103 nyawa termasuklah 27 kanak-kanak manakala 580 lagi cedera. Ia disahkan Menteri Kesihatan Palestin di Gaza. Di Israel pula, tujuh termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut.

Ancaman itu terus meningkat termasuk rusuhan pertempuran antara penduduk Palestin dan kumpulan ekstrim Yahudi di beberapa bandar.

Media turut jadi mangsa

Bangunan Al-Jalaa di Semenanjung Gaza yang menempatkan beberapa organisasi media antarabangsa seperti Associated Press (AP) dan Al-Jazeera serta beberapa media lain telah menjadi sasaran serangan udara tentera Israel.

Penghuni bangunan 12 tingkat itu terlebih dahulu diberikan amaran beberapa minit sebelum ia dibom oleh pesawat-pesawat tentera udara Israel, menyebabkan struktur konkrit itu menyembah bumi.

Media-media antarabangsa daripada seluruh dunia membantah tindakan Israel mensasarkan bangunan yang menempatkan wartawan dan jurukamera dengan mendakwa ia adalah sebahagian daripada usaha negara itu untuk “mendiamkan” (silence) mereka daripada membuat liputan tentang keadaan terkini di Semenanjung Gaza ketika ini.

Israel menafikan dakwaan ia cuba “menutup mulut” media dengan serangan itu, dengan mengatakan bangunan Al-Jalaa itu menempatkan agensi perisikan kumpulan pejuang Palestin yang berlindung di sebalik media-media antarabangsa untuk mengelaknya daripada menjadi sasaran Israel.

Antara pendedahan eksklusif media

BBC Arab adalah salah sebuah media antarabangsa yang berpengkalan di Al Jalaa. Pada September lalu, BBC Arab mendedahkan bagaimana pemilik Chelsea, Roman Abramovic menderma $100 juta (RM412.55 juta) kepada sebuah syarikat untuk membina penempatan haram untuk penduduk Israel. Penempatan tersebut adalah di sebelah barat Jerusalem yang juga menempatkan penduduk Palestine.

Hubungan Abramovich dengan Israeal bukan lagi satu rahsia selepas usahawan minyak kelahiran Rusia itu diberikan keraktayan Israel pada 2018. Sejak daripada itu, beliau merupakan salah seorang penyumbang dana terbesar kepada Israel.

Melalui beberapa dokumen yang dibocorkan, BBC Arab mendedahkan setiap sumbangan dari Abramovich disalurkan kepada sebuah organiasasi Israel dikenali sebagai Elad melalui firmanya.

Hubungan Elad dan Abramovich dibocorkan ke laman web BuzzFeed, yang mengedarkannya kepada Konsortium Wartawan Penyiasat Antarabangsa.

Elad alat Zionis

Dokumen tersebut turut dikongsi dengan 400 wartawan dari 108 cawangan media di seluruh dunia. Menurut laporan itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Elad yang mendakwa diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan patuh perundangan bertanggungjawab terhadap pengusiran rakyat Palestin dari kediaman mereka sendiri, sebelum penempatan baharu Israel dibina.

Modus operandi Elad sememangnya bertujuan mengelirukan orang ramai terutamanya komuniti antarabangsa. Sejak beberapa tahun lalu, Elad turut memperkenalkan diri sebagai sebuah organisasi di dalam bidang pendidikan dan perlancongan; bersembunyi di sebalik nama Yayasan Ir.David untuk membantu meningkatkan populasi dan pengaruh Yahudi di Jerusalem Timur.

Shahar Shiloh, bekas Ketua Pemasaran untuk mempromosikan Elad sehingga 2016 sendiri telah tampil menjelaskan dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation / BBC bahawa strategi Elad sudah berubah.

Shahar Shilo mendedahkan bagaimana strategi kumpulan itu menggunakan pelancongan “untuk mewujudkan realiti politik yang berbeza” dalam lingkungan yang didominasi oleh Palestin. Elad telah cuba membentuk dan mempengaruhi pendapat masyarakat umum untuk menguatkankan ketuanan Yahudi ke atas Jerusalem kuno selama-lamanya. Langkah ini akan mereka mengubah persepsi dunia luar bahawa kawasan itu memang milik mereka.

Dokumen yang bocor menunjukkan bahawa sumbangan dari empat syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin Britain merangkumi hampir separuh daripada semua sumbangan Elad dari tahun 2005 hingga 2018.

Abramovich adalah pemilik berdaftar dari tiga syarikat ini, dan ada kawalan ke atas saham di keempat-empat syarikat tersebut. Ini menjadikannya penderma terbesar untuk Elad sejak 15 tahun terakhi ini.

Baca artikel menarik mengenai Roman Abramovich melalui pautan berikut:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN