5 Permusuhan Bola Sepak Melibatkan Pasukan Kebangsaan (Bahagian 1)

Dalam bola sepak, permusuhan itu adalah sebahagian daripada rencah permainan ini.

Jika dalam aksi bola sepak kelab terdapat permusuhan antara dua kelab tidak kira kerana faktor geografi atau kebencian yang telah lama terpendam.

Dalam bola sepak antarabangsa juga terdapat permusuhan. Oleh itu, kami bawakan 5 permusuhan yang terdapat di pentas bola sepak antarabangsa!

Clasico Mundial (Itali – Brazil)

265595

Permusuhan ini dikenali sebagai Clasico Mundial ataupun Pertembungan Dunia melibatkan dua pasukan yang mempunyai 9 gelaran Piala Dunia diantara mereka.

Itali mempunyai 4 gelaran dunia sementara Brazil mempunyai 5. Perlawanan ini mempunyai reputasinya yang tersendiri apabila kedua-dua pasukan ini 2 kali bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun 1970 dan 1994.

Untuk rekod, Itali dan Brazil telah bertemu 13 kali di pentas kompetitif dengan Brazil menang 8 dan Itali hanya menang 5 sahaja.

Super Clasico (Argentina – Brazil)

maxresdefault

Perlawanan ini adalah perlawanan paling hebat di Amerika Selatan malah di dunia. Jika kedua-dua pasukan ini bertemu, pasti ia akan menjadi tumpuan seluruh dunia.

Permusuhan antara kedua-dua negara ini berpunca kerana bola sepak adalah budaya di kedua-dua negara. Argentina dan Brazil mempunyai permusuhan dalam segala jenis sukan yang ada di dunia ini dan bola sepak lelaki adalah kemuncaknya.

Permusuhan mereka di dalam bola sepak disifatkan lebih ganas berbanding perseteruan 2 negara di dalam bidang politik.

Battle of Britain (England – Scotland)

kenny-miller

England dan Scotland ibarat adik-beradik yang apabila bersama pasti akan bergaduh dan apabila jauh pasti akan saling merindu.

Permusuhan 2 pasukan ini merupakan permusuhan antara 2 negara yang tertua dalam sejarah bola sepak dengan perlawanan sulung antara 2 pasukan ini dilangsungkan pada 1872 di Glasgow, Scotland.

Permusuhan ini sedikit demi sedikit mula hilang sinarnya apabila England mula menganggap Jerman dan Argentina adalah musuh yang lebih utama berbanding Scotland ketika era lewat 1970-an.

Walaupun begitu, rekod antara kedua-dua pasukan ini tidaklah begitu nampak perbezaannya. Dari 113 perlawanan, England menang 48 perlawanan sementara Scotland menang 41 perlawanan serta baki 24 perlawanan berakhir dengan seri.

Pertembungan Harimau Asia (Jepun – Korea Selatan)

takom

Di benua Asia juga tidak kurang hebatnya dengan permusuhan antara 2 negara. Sebagai contoh permusuhan yang melibatkan Jepun dan Korea Selatan.

2 negara ini ternyata merupakan kuasa bola sepak Asia dan juga di dunia. Pertembungan ini bermula sejak 1954 dimana mereka bertemu dalam aksi kelayakann Piala Dunia yang menyaksikan Korea Selatan menang 5-1.

Sejak dari itu 76 perlawanan lagi ditempuhi kedua-dua pasukan di pelbagai kejohanan dengan kali terakhir mereka bertemu di kejohanan Piala Asia Timur pada 2015.

Pertembungan Seberang Tambak (Malaysia – Singapura)

hariss_harun_singapore_malaysi

Seperti England dan Scotland. Malaysia dan Singapura juga ibarat adik-beradik yang sering bercakaran apabila bersama namun sering merindu dikala berjauhan.

Singapura ternyata watak yang tidak cukup digemari oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana penglibatan mereka di dalam Liga Malaysia sejak lamanya pada era liga amatur dan liga semi-pro satu ketika dahulu.

Kebencian itu semakin bertambah apabila Singapura kembali ke Liga Malaysia melalui proksinya iaitu Lions XII. Lebih perit, rakyat Malaysia terpaksa melihat Lions XII gembira menjulang gelaran Liga Super serta Piala FA Malaysia.

Permusuhan itu disambung kepada aksi pasukan kebangsaan. Ketika 2 pasukan itu bertemu tidak kira di negara kita atau di Kota Singa, pasti akan ada perkara yang terjadi tidak kira di dalam atau di luar padang.

Baca juga: 6 Permusuhan Yang Berpunca Bukan Kerana Mereka Berjiran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN