Bagaimana Liga Sosial Menganjurkan Perlawanan Akhir Mereka? Ini Pengalaman Saya

Tak pernah terlintas di fikiran saya yang liga sosial akan mempunyai liga juara-juaranya sendiri.

Kejohanan yang menampilkan pasukan-pasukan terbaik yang beraksi di liga-liga sosial sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bertarung merebut gelarang kelab liga sosial terbaik di Lembah Klang.

Semalam (12 November 2016) saya telah pergi ke Stadium Arena MPSJ di Subang Jaya untuk menyaksikan perlawanan akhir Selangor Champions League (SCL) antara pasukan Terrapins dan Rebel.

Sederhana tetapi lengkap

Acara ini nampak seperti terganggu apabila hujan lebat mula turun membasahi bumi Selangor pada jam 5 petang.

Namun begitu, setelah sekitar 6.45 petang. Hujan mula reda dan membolehkan acara yang dijadualkan bermula pada jam 7 malam bermula dengan lancar.

Setelah tiba di stadium, saya mula kagum dengan penganjuran perlawanan akhir SCL ini. Hal ini kerana mereka telah melakukan perkara-perkara yang perlu ada dalam satu perlawanan bola sepak dengan baik sekali walaupun dalam kadar sederhana.

Perkara yang saya maksudkan adalah pengalaman hari perlawanan iaitu matchday experience.

3 lori trak makanan (food truck) telah menjadikan perlawanan akhir ini mesra penonton. 3 lori trak makanan yang berbeza-beza menunya memberikan pilihan yang pelbagai kepada penonton yang hadir.

15027574_1845279929051239_3450

Sebenarnya, saya agak asing apabila berada di Stadium Arena MPSJ kerana ia adalah kunjungan kali pertama saya ke sana.

Namun begitu, saya cukup selesa dengan layanan yang diberikan oleh pihak yang bertugas. Mereka didapati begitu mesra serta sering sedia membantu apabila diperlukan.

Selain daripada itu, saya juga terhibur melihat perlawanan pertunjukan antara SCL All-Stars menentang pasukan Selangor Elite yang dibarisi oleh bekas para pemain Selangor seperti Elie Aiboy, Shahril Arsat dan Asmawi Bakiri.

Penonton yang hadir ternyata terhibur dengan permainan dari kedua-dua pasukan yang dimana keputusannya berakhir dengan keputusan 1-1.

Perlawanan akhir SCL juga turut dihadiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan hadir sebagai tetamu diraja pada malam tesebut.

Perlawanan akhir SCL dimulakan dengan cara yang berbeza. Jika lazimnya kita akan mulakan perlawanan bola sepak dengan lagu Negaraku dan lagu negeri, tetapi di SCL mereka menggunakan lagu team UEFA Champions League sebagai pembuka perlawanan.

Pada mulanya saya rasakan itu satu perkara yang lucu. Tetapi saya berharap SCL akan mempunyai lagu temanya sendiri di masa akan datang!

Perlawanan yang menghiburkan

Kini saya ada lebih sebab untuk lebih kerap menonton perlawanan SCL secara langsung pada musim hadapan. Hal ini kerana saya cukup tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan yang beraksi.

Apa yang mengejutkan saya adalah kedua-dua pasukan bermain dengan formasi moden. Pasukan Terrapins dan Rebel kedua-duanya menggunakan formasi 3-4-3 ketika perlawanan akhir.

Ini sedikit berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang rata-ratanya lebih gemar menggunakan formasi tradisional 4-4-2.

Dari segi corak permainan, ia juga menunjukkan permainan yang menghiburkan apabila kedua-dua pasukan lebih gemar menggunakan hantaran-hantaran pantas menerusi hantaran pendek berbanding hantaran tinggi.

Pada malam tersebut, saya tertarik dengan permainan yang dihasilkan oleh pasukan Terrapins. Mereka menggunakan hantaran pendek yang pantas serta menggunakan serangan balas pantas untuk mendapatkan gol.

Menurut rakan saya, Khal dari Padang Bola Sepak. Beliau berkata Terrapins asalnya adalah pasukan futsal yang berevolusi menjadi pasukan bola sepak.

Kerana itu, tidak peliklah mengapa mereka gemar bermain hantaran pantas menerusi hantaran pendek sahaja.

Saya juga tertarik dengan apa yang Khal katakan kepada saya mengenai penjaga gol import Rebel iaitu Gabriel Sunday.

“Beliau adalah seorang penjaga gol yang bagus. Namun begitu, beliau boleh ditewaskan dengan gol mudah sahaja.”

Kata-kata Khal itu ada benarnya, Sunday memboloskan 2 gol mudah dalam perlawanan akhir itu.

Pertama adalah hasil serangan balas pantas pasukan Terrapins selepas Rebel cuma memecah masuk ke dalam gol Terrapins.

Pada separuh masa kedua pula, Sunday memboloskan gol dari tepi padang selepas beliau gagal menutup ruang di tepi tiang yang membolehkan pemain Terrapins menjaringkan gol kedua.

Salahkan diri sendiri

Bagi saya, Rebel seharusnya menyalahkan diri mereka sendri selepas mereka gagal menggunakan peluang yang mereka ada dalam perlawanan ini.

Mereka menguasai separuh masa pertama dengan baik dan hanya bolos selepas diserang balas oleh Terrapins.

Pada separuh masa kedua, perlawanan mula seimbang dengan kedua-dua pasukan mula sering bersaing untuk menguasai perlawanan.

Terrapins mula selesa selepas mendahului 2-0. Rebel hanya mula mendapat rentak selepas mereka merapatkan defisit gol menjadi 2-1 namun itu tidak dapat mengubah nasib agar ia memihak mereka.

Keputusan 2-1 itu membolehkan Terrapins muncul sebagai juara edisi sulung SCL 2016.

Kesimpulan

Secara jujurnya, saya cukup kagum dengan penganjuran SCL.

Bagi saya, untuk penganjuran yang baru memasuki tahun pertama ia cukup membanggakan dan boleh dijadikan contoh kepada penganjur pertandingan-pertandingan bola sepak yang lain.

Walaupun dilangsungkan dengan secara sederhana, namun begitu penganjurannya meriah dan berjaya menarik jumlah bilangan penonton yang ramai ke perlawanan akhir.

15036358_1845279632384602_3696

Diharap SCL akan berjaya menarik lebih ramai pengikutnya yang tersendiri di masa akan datang.

Tahniah dan semoga terus maju, Selangor Champions League!

Baca juga: Selangor Champions League: Liga Juara-Juara Untuk Pasukan Liga Sosial

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN