Perlawanan Liga Super Malaysia membabitkan pertemuan KedahDarul Aman FC menentang JDT yang dijadualkan pada 4 Mei hadapan akan diteruskan, namun ianya akan diadakan tanpa kehadiran penonton.
Perkara itu disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada hari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan di negeri tersebut.
Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa daerah di Kedah seperti Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan berada di bawah status PKP bermula pada 1 hingga 14 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
Perlawanan Liga Super 2021 di antara @kda_fc dengan @OfficialJohor pada Selasa, 4 Mei 2021 di Stadium Darul Aman akan diadakan tanpa penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan.
Klik➡️https://t.co/36qJR9F2nD#LigaSuper2021 pic.twitter.com/XQ2y5m9Tg7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 1, 2021
Susulan pengumuman tersebut, MFL menetapkan perlawanan membabitkan Kedah Darul Aman FC melawan Johor Darul Ta’zim pada Selasa ini di Stadium Darul Aman akan dimainkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.
“MFL ambil maklum mengenai pengumuman terkini status PKP di negeri Kedah jadi MFL akan mengetatkan pematuhan SOP dan tahap disiplin gelembung sukan kepada pegawai dan pemain kedua-dua pasukan, pegawai-pegawai perlawanan dan petugas- petugas perlawanan di mana Ujian RTK Antigen terbaharu hendaklah dibuat sehari sebelum atau pada hari perlawanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan melalui kenyataan yang dikeluarkan.
“Jadi, SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton adalah diaktifkan semula sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini sehingga perkembangan terbaharu diumumkan oleh pihak kerajaan kelak.
“Saya berharap agar semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya lagi.
Perlawanan pada 4 Mei akan dayang melibatkan Kedah Darul Aman FC dan JDT pasti akan menarik perhatian seluruh peminat bola sepak tempatan kerana ia membabitkan pertemuan dua pasukan yang berada di kedudukan dua teratas liga selepas 11 perlawanan yang dilalui setakat ini.
Kedah kini hanya dipisahkan oleh satu mata berbanding JDT. Pertemuan pertama kedua-dua pasukan di perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu bagaimanapun memihak kepada JDT dengan keputusan 2-0.
Baca artikel lain mengenai Liga Malaysia 2021 melalui pautan:
Aidil Sharin Lega Percaturan Berisikonya Tak Rencatkan Aksi Kedah
Benjamin Mora: Tiada Masalah Dalam Permainan, Cuma Kami Tidak Menang
Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (Mac 2021) PFAM-ASIANA.MY Milik Arif Aiman