Aidil Sharin Lega Percaturan Berisikonya Tak Rencatkan Aksi Kedah

Kpah Sherman Jang Suk-Won Kedah Melaka 2021 aidil sharin

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak tarik nafas lega apabila percaturannya selepas kehilangan dua pemain tidak rencatkan permainan pasukan.

Pada sebelah siangnya, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman penggantungan terhadap bek tengah, Rodney Calvin dan pemain tengah, Fadzrul Danel atas insiden yang berlaku pada aksi 9 April lalu.

Dengan bakal berdepan Melaka United pada sebelah malam, Aidil Sharin yang telah menjangkakan akan hukuman berat bakal menanti kedua-dua pemainnya itu terpaksa memikirkan solusi jika benar beliau kehilangan khidmat kedua-dua pemainnya itu.

Menganggap terpaksa mengambil risiko mengubah perancangan pasukan, Aidil Sharin menaruh kepercayaannya terhadap Loqman Hakim untuk bergandingan bersama Renan Alves di benteng apabila Rodney Calvin akhirnya sah digantung perlawanan.

Begitupun, Kedah berjaya meraih kemenangan ke-7 daripada 11 aksi Liga Super 2021 apabila menewaskan Melaka United dengan keputusan 3-1. Beraksi di tempat lawan dengan situasi yang mendesak, karekter pemainnya meraih pujian Aidil Sharin.

“Saya dapat lihat para pemain menjalankan tugas dengan baik malam ini. Mereka telah berikan segalanya dalam 90 minit. Ditambah dengan bulan Ramadhan dan berkunjung ke tempat lawan. Kredit kepada pemain untuk persembahan baik malam ini,” ujarnya.

“Sejujurnya, ia bukan mudah kerana kita berlatih dan merancang untuk perlawanan. Terkesan? Sudah tentu. Tetapi kita perlu terima dan akur dengan peraturan. Kita tahu keputusan akan keluar hari ini [semalam], jadi kita merencana perancangan lain.

“Seperti yang saya katakan, kita mengambil risiko meletakkan pemain seperti Loqman Hakim. Jadi, saya sangat-sangat puas hati dengan persembahan mereka,” ungkap pengendali berusia 43 tahun itu dalam sidang media selepas perlawanan tersebut.

Kpah Sherman muncul wira dengan meledak dua jaringan disamping jaringan kapten, Baddrol Bakhtiar di penghujung perlawanan untuk melengkapkan malam indah buat skuad Hijau Kuning. Gol saguhati tuan rumah dijaringkan oleh Stefan Nikolic.

Tidak mudah buat Kedah apabila Melaka United tampil menguasai permainan apabila memperolehi jaringan penyamaan, namun hasil pertukaran pemain, kemasukkan Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil memberikan kelebihan buat pelawat.

Kemenangan ini membolehkan skuad Hijau Kuning merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada hanya satu mata selain kembali kepada rentak tanpa kalah dalam tiga aksi selepas tewas mengejut kepada Terengganu FC.

KREDIT FEAATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Aidil Sharin dan Kedah:

Liga Super: 2 Gol Kpah Sherman Bantu Kedah Tundukkan Melaka United

Aidil Sharin: Inilah Semangat Darul Aman, Kedah Perlu Menang Untuk Penyokong

Kedah Tiada Masalah Tanpa Penggempur Utama Kpah Sherman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN