Perlawanan Persahabatan: Rekod Tanpa Kalah Perancis Lebur Di Tangan Finland

Perancis
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Rekod tanpa kalah juara bertahan Piala Dunia, Perancis selepas 12 perlawanan akhirnya lebur apabila skuad bimbingan Didier Deschamps itu tunduk 0-2 di tangan Finland pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stade de France, awal pagi tadi.

Lebih menarik untuk diperkatakan mengenai kekalahan ini ialah kedua-dua jaringan Finland dihasilkan oleh pemain yang membuat penampilan pertama bersama skuad kendalian Markku Karneva itu.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah Marcus Forss and Onni Valakari di mana kedua-dua pemain tersebut masing-masing berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-28 dan 31.

Perancis yang mendominasi permainan bagaimanapun terlebih dahulu menguji gawang pasukan pelawat apabila tandukan Marcus Thuram setelah menerima hantaran lintang daripada Lucas Digne hanya singgah di palang gol pada minit ke-15.

Berselang dua minit kemudian, Thuram sekali lagi melepaskan peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan ketika beliau tidak dikawal pertahanan lawan dalam kawasan penalti. Bagaimanapun percubaannya selepas menerima umpanan cantik daripada Leo Dubois gagal disempurnakan dengan baik anak kepada Lilian Thuram tersebut.

Perancis harus menyalahkan diri sendiri berikutan kesilapan jentera tengah yang gagal mengawal bola dengan baik pada minit ke-28 sehingga memberikan ruang buat Forss untuk melakukan larian pantas ke kawasan penalti sekali gus dengan tenang meledakkan jaringan pembukaan.

Hanya selepas tiga minit jaringan pembukaan dijelmakan, Valakari pula menambah derita buat Perancis apabila ledakan kaki kiri dari luar kawasan penalti tidak berjaya dinafikan penajag gol, Steven Mandanda untuk melebarkan kedudukan.

Ketinggalan dua gol menyaksikan Deschamps melakukan tiga pertukaran pada minit ke-57 dengan membawa masuk trio Antoine Griezmann, Anthony Martial dan N’Golo Kante dalam usaha untuk mengurangkan defisit jaringan.

Langkah tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila kedudukan 2-0 memihak Finland itu kekal hingga tamat perlawanan.

Kredit featured image: Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN