Perlawanan KL City ‘Meriah’ Gol, Bojan Hodak Kata ‘Berbaloi’ RM20 Yang Penyokong Bayar

Bojan Hodak meriah gol bolos enam gol dalam dua aksi

Barangkali kecewa dengan prestasi benteng pertahanannya, pengendali KL City FC, Bojan Hodak mungkin akan menggunakan pendekatan membawa ‘rotan’ ke sesi latihan selepas ‘meriah’ dibolosi enam gol dalam dua aksi.

Ia barangkali hanya gurauannya di sidang media, namun tampak jelas beliau memang kecewa dengan prestasi mereka yang pada musim lalu memiliki antara benteng yang mungkin jauh lebih baik berbanding musim ini.

KL City tewas 2-3 kepada Kedah Darul Aman FC pada Rabu dan sebelum itu, mereka terikat 3-3 dalam Derbi Lembah Klang menentang Selangor FC. Bak kata Bojan Hodak, aksi melibatkan KL City ‘meriah’ dengan gol.

“KL City dalam dua perlawanan, lima gol dan enam bolos. Jika ada masa, datanglah lihat aksi melibatkan KL City, anda akan menikmatinya. Ia meriah dengan gol dan akan jadi perlawanan yang menarik.

“RM20 anda akan berbaloi untuknya. Itu daripada sudut pandangan penyokong. Tetapi daripada sudut jurulatih pula, saya kecewa kerana dalam dua perlawanan, kami telah pun dibolosi enam gol.

Bojan Hodak dalam sidang media sejurus perlawanan

Piala Sumbangsih: 2 Gol Berpunca Daripada Declan Lambert, Apa Komen Bojan Hodak?

Jika dilihat, KL City hanya kehilangan bek kiri, Daniel Ting yang meminta untuk dilepaskan pasukan dan masih belum melapor diri sehingga kini. Daniel Ting merupakan pemain penting yang membantu KL City pada musim lalu sehingga berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2021 – menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apa masalah di benteng KL City kali ini? Bojan Hodak gagal mencari jawapan pasti, namun mungkin beliau perlu mengubah pendekatan menurutnya. Apakah pendekatan yang bakal dibawanya kepada para pemain?

“Masalah kami apabila memenangi bola, transisi kami bermasalah [dari bawah ke atas]. Tetapi apabila kami mula naik ke atas, kami berjaya ledak gol dan cipta peluang. Namun, benteng kami lemah.

“Mungkin kena bawa rotan ketika sesi latihan. Tidak [akan lebih keras ketika sesi latihan]. Saya akan jadi sangat baik kepada mereka. Kami telah dibolosi enam gol dan penyokong sangat gembira.”

Bojan Hodak

Rehat yang sedikit panjang sebelum saingan Liga Super kembali bersambung pada April mungkin akan beri masa buat Bojan Hodak untuk mencari penyelesaian terbaik. Namun, The City Boys bakal berdepan cabaran pendahulu liga yang sangat cemerlang dalam dua aksi awal, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 06 April depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN