Perisic Ledak Hatrik, Inter Milan Berada Di Puncak Liga!

Ivan Perisic menjaringkan hatrik untuk membantu Inter Milan menang besar 5-0 ke atas Chievo Verona. Dengan kekalahan Napoli di tangan Juventus tempoh hari, Inter kini berada di persada liga Serie A.

2 gol lagi dijaringkan oleh Mauro Icardi dan juga Milan Skriniar. Inter Milan akan berkunjung ke Turin selepas ini untuk berhadapan dengan pasukan yang kini di tangga ke-3, Juventus.

Jadi, ia sudah pastinya menjanjikan pertemuan menarik di antara kedua-dua pasukan. Inter kini berkelebihan 1 mata di atas Napoli dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum kalah di Serie A setakat ini.

Ivan Perisic musim ini terus cemerlang dengan 7 gol dan 6 assist setakat ini di Serie A. Maka tidak hairanlah Jose Mourinho dikatakan masih memburu pemain ini untuk dibawa ke Old Trafford.

Dalam jendela perpindahan yang lalu, Inter Milan memujuk Perisic untuk kekal. Ini selepas pemain itu terbuka menyatakan hasrat mahu ke Manchester United.

Perisic dikatakan kurang yakin dengan masa depan beliau di Inter dengan pertukaran pengurus kepada Luciano Spalletti

Tetapi Spalletti berjaya meyakinkan Perisic pada saat-saat akhir jendela perpindahan, menyatakan beliau memerlukan pemain seperti Perisic untuk kekal. Dan akhirnya Perisic setuju menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022 di Inter Milan.

Prestasi cemerlang Inter yang konsisten ini membolehkan mereka terus menjadi pesaing utama kejuaraan Serie A musim ini.

Nasib yang berbeza dialami oleh jiran mereka, AC Milan yang diikat oleh Benevento pada masa kecederaan dengan keputusan 2-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN