Guardiola Akui West Ham Beri Pengajaran Berharga Sebelum Derbi Manchester

Pep Guardiola berkata, beliau dan pasukan Manchester City diberikan pengajaran berharga dalam perlawanan awal pagi tadi.

Manchester City menang 2-1 dalam perlawanan tersebut. Namun pasukan pelawat West Ham di hadapan lebih awal menerusi tandukan Ogbonna pada minit ke-44.

Manchester City menunggu sehingga minit ke-57 untuk menyamakan kedudukan menerusi Otamend. Dan pada minit akhir perlawanan, David Silva melakukan sedikit aksi akrobatik untuk menyempurnakan hantara De Bruyne pada minit ke-83.

Manchester City menang 2-1. Tamat perlawanan Pep Guardiola bercakap kepada wartawan BBC, yang beliau sedikit risau untuk derbi Manchester selepas apa yang berlaku dalam perlawanan tersebut.

“Kami harus elakkan diri daripada memberikan bola mati yang banyak kepada pihak lawan dalam perlawanan menentang Manchester United nanti.”

“Kami bermula dengan sangat baik. Tetapi selepas itu kami hilang sabar dalam permainan kami. Kami gagal mendapat rentak dalam perlawanan ini kerana penjaga gol mereka, Adrian mengambil sehingga 30 saat setiap kali memegang bola.”

“Ianya mirip kepada situasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Pada separuh masa kedua saya merasakan kami akan dapat menjaringkan gol. Dan ia sangat penting.”

“Mereka bermain 10 pemain di dalam kotak penalti. Hampir mustahil untuk menjaringkan gol ke atas mereka. Ini satu kemenangan yang besar maknanya. Kami menunjukkan siapa kami sebenar.”

“Kelajuan kami lebih baik dan kami meletakkan lebih ramai pemain di dalam kotak penalti. Kevin De Bruyne bermain di posisi tengah pertahanan dan memberikan kami lebih tempo. Kami lebih baik selepas itu.”

“Kami banyak menggariskan aspek bertahan bola mati, namun lawan kami hari ini sangat tinggi. Kami jangkakan perkara yang sama menentang Manchester United minggu hadapan dan kami harus berusaha elakkan memberi banyak bola mati kepada lawan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN