Sacchi: ‘Di Sepanyol, Mereka Tidak Meraikan Kemenangan Seperti Juventus Itu’

Legenda AC Milan, Arrigo Sacchi agak kritikal dengan taktikal Juventus dalam perlawanan menentang Napoli tempoh hari. Beliau menyatakan, Juventus tak perlu terlalu gembira untuk menang seperti itu.

Sacchi berpendapat, pasukan seperti Juventus harus lebih terbuka di dalam permainan mereka dan bukannya turun ke bawah sepanjang perlawanan untuk bertahan.

“Mereka menang, memang mereka menang. Tetapi gol itu dijaringkan pada minit ke-15. Selepas itu, mereka semua bertahan untuk menutup ruang.”

Sacchi berkongsi pengalaman beliau ketika menguruskan pasukan di La Liga. Beliau memberitahu, tidak ada pasukan besar di Sepanyol akan bangga menang dengan cara Juventus itu. Mereka tidak akan meraikannya melebih-lebih.

“Jika di Sepanyol, kemenangan seperti Juventus itu tidak akan diraikan. Pencipta sukan bola sepak ini tidak akan gembira dengan sukan ini dibangunkan dengan cara defensif.”

“Untuk pencinta bola sepak, mereka mahukan sukan ini dimainkan secara ofensif.”

“Juventus ada segalanya dalam pasukan mereka. Mereka pasukan yang hebat, itulah sebabnya mereka tidak semena-mena hanya membiarkan lawan mereka bermain bola sepak sepanjang 70 minit.”

Dalam perlawanan Juventus menentang Napoli di San Paolo, bekas pemain Napoli, Gonzalo Higuain menjaringkan gol awal babak untuk memberikan kemenangan tipis kepada Juventus.

Sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah Napoli, dan merapatkan jurang mata di antara kedua-dua pasukan kepada 1 mata sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN