Perdana Menteri Najib Tun Razak Teruja Alexis Sanchez Sertai Manchester United

Pertukaran pemain di antara Arsenal dan Manchester United melibatkan Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan menuju ke arah bertentangan adalah antara perpindahan yang unik di dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Ia dikatakan unik kerana jumlah wang keseluruhan yang terlibat di dalam perpindahan tersebut.

Walaupun hakikatnya, perpindahan Sanchez ke Old Trafford dan Mkhitaryan ke Emirates tidak melibatkan sebarang transaksi kewangan, nilai keseluruhan yang bakal memasuki poket Alexis Sanchez terus menjadi tumpuan.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Sebagai permulaan, Sanchez akan menerima £350,000 seminggu di Manchester. Nilai tersebut sendiri merupakan nilai tertinggi serta merupakan kontrak termahal yang diterima oleh seseorang pemain di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penerima bayaran tertinggi di EPL sebelum ini ialah rakan sepasukan baharu Sanchez, iaitu Paul Pogba. Pemain tengah antarabangsa Perancis itu menerima kurang sekitar £290,000 seminggu, kurang £60,000 berbanding apa yang dibayar oleh Sanchez.

Dan jumlah tersebut tidak berhenti di situ sahaja buat Sanchez.

ST ALBANS, ENGLAND – JANUARY 23: Arsenal manager Arsene Wenger shakes hands with new signing Henrikh Mkhitaryan before a training session at London Colney on January 23, 2018 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Pemain antarabangsa Chile itu turut akan menerima kenaikkan sehingga £450,000, apabila hak imej beliau dimasukkan sekali ke dalam terma bayaran, dan boleh mencecah sehingga £600,000 termasuk bonus.

Bandar Manchester seolah-olah bertanding untuk penerima bayaran tertinggi apabila Kevin De Bruyne di Etihad dilaporkan telah memuktamadkan rundingan untuk kontrak sehingga 2023 dengan menerima bayaran £280,000 seminggu.

Hanya Eden Hazard dan pemain pertahanan termahal dunia, Virgil Van Dijk yang berada sebagai 10 penerima gaji tertinggi di EPL yang bukan beraksi untuk kedua-dua kelab Manchester iaitu City dan United.

Sehubungan dengan perpindahan Sanchez ke Manchester United, perkhabaran tersebut turut disambut oleh penyokong Manchester United No.1 negara iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu muat turut di akaun twetter rasmi beliau, Perdana Menteri menyamakan gandingan baharu Manchester United yang terdiri daripada Alexis Sanchez, Romelu Lukaku, Zlatan Ibrahimovic, Marcus Rashford dan Anthony Martial adalah sehebat gandingan penyerang kelab berkenaan sekitar lewat 90an.

Ketika Manchester United meraih gelaran treble denga menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan UEFA Champions League pada musim 1998/99, gandingan penyerang Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer adalah gandingan mantap di bahagian serangan skuad bimbingan Sir Alex Ferguson.

Bagaimana dengan penyokong Manchester United yang lain? Anda juga teruja dengan ketibaan Alexis Sanchez di Old Trafford seperti mana Perdana Menteri kita?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN