Muangthong Jinakkan JDT 5-2 Untuk Tempah Tempat Ke Play-Off ACL 2018

Perlawanan kelayakan pusingan ke-2 ACL 2018 menemukan pasukan Muangthong dan JDT. Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada 2016 dan ketika itu Muangthong lolos ke pusingan play-off selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti.

JDT bermula dengan gugup dalam perlawanan ini. Mereka terlalu kerap terpecah unit ketika bertahan. Muangthong mendapat 2 gol pertama dengan memanipulasi kelemahan garisan pertahanan mereka yang tinggi tetapi rapuh.

Pada awal babak lagi JDT didedahkan dengan situasi 4 vs 1, mujurlah Fazli Mazlan berjaya melakukan pintasan. Muangthong mencipta 2 peluang dalam keadaan 2 pemain vs Izham Tarmizi. ‘Square pass’ yang mirip kepada gol dalam permainan video FIFA.

Sarach Yooyen membuka tirai jaringan pada minit ke-7. Diikuti oleh Tristan Do pada minit ke-21. Sebelum itu, pada minit ke-18, Muangthong juga mencipta peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol tetatpi gagal disudahkan.

Tidak lama selepas itu, Bruno dilayangkan kad kuning dan dia juga melakukan kekasaran yang memberikan sepakan penalti kepada Muangthong.

Satu aksi kawalan dalam ruang sempit (close control) yang sangat baik daripada Teerasil Dangda yang dijatuhkan Bruno.

Heberty Fernandez menyumbat masuk penalti dengan mudah. Separuh masa pertama berakhir 3-0 memihak tuan rumah. Mujur JDT tidak ketinggalan lebih teruk.

Separuh masa kedua

Bermula separuh masa kedua, JDT cuba mengasak ke kubu lawan dengan beberapa siri serangan. Syafiq Ahmad melakukan percubaan tersasar. Namun Muangthong menghukum JDT sekali lagi dengan gol ke-4 menerusi Theerathon.

Pada minit ke-61, Heberty menjaringkan gol ke-2 peribadi menerusi sepakan percuma melengkung yang cantik selepas Teerasil Dangda dijatuhkan Azrif Nasrulhaq. 5-0!

Perlawanan sedikit panas pada minit ke-77 apabila Diaz berkonfrontasi dengan Theerathon. Diaz dilayangkan kad kuning kerana cuba mempengaruhi pengadil mendakwa dia dihantuk.

Minit ke-78, Avelino Coelho hampir menjaringkan gol akrobatik. Darren Lok dilayangkan kad kuning selepas terjahan ke atas Tristan Do.

Minit ke-85, Fadhli Shas mengalami kecederaan selepas terlanggar tiang gol. Beliau hampir menjaringkan gol sagu hati selepas menerima hantaran Safiq Rahim.

Diaz akhirnya menjaringkan 2 gol sagu hati pada masa kecederaan.

Tamat perlawanan Muangthong 5 JDT 2. Satu kekalahan yang pastinya sukar diterima penyokong JDT kerana jumlah gol yang terlalu besar.

Hasrat Safiq Rahim dan JDT untuk ke ACL tertangguh sekali lagi. Muangthong pula akan mara ke pusingan play-off menentang Kashiwa Reysol untuk menentukan siapa bakal beraksi di peringkat kumpulan ACL 2018.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN